Muktamar PAS kali ke 60 di Batu Pahat Johor sesungguhnya
telah menempa sejarah. Ia tampak panas dan kadangkala tegang. Namun secara
keseluruhannya Presiden PAS dengan bantuan Majlis Syura Ulamak dan didukung
oleh para perwakilan telah berjaya menjadikan muktamar kali ini sebagai medan
muhasabah besar dengan mendedahkan kepincangan yang wajar dicungkil keluar dari
PAS dan melakarkan hala tuju yang perlu diterokai bersama demi memastikan
bahtera besar PAS ini terus belayar menuju destinasinya yang sebenar.
Rata-rata muktamar kali ini lebih memfokuskan isu-isu
dalaman, menandakan bahawa PAS mahu membersihkan dirinya dari daki dan
kekotoran yang boleh menghalang kemurniaan dan kesucian perjuangan besar yang
menjadi mata rantai kepada perjuangan yang diasaskan oleh junjungan besar Nabi
Muhammad s.a.w.
Banyak yang mahu saya ulas berhubung Muktamar yang
bersejarah ini namun diketika ini saya terpanggil untuk memberi tumpuan pada
isu 2 ADUN PAS di Selangor yang telah berpaling-tadah keluar dari saf jemaah berhubung
isu MB Selangor.
Isu MB Selangor ini mendominasi Muktamar kali ini dan
disentuh dalam kesemua Muktamar Dewan-dewan dan Muktamar PAS Pusat sendiri.
Presiden PAS dalam ucapan penggulungannya dengan tegas
menyatakan:
“Curi wakil rakyat kita, beli wakil rakyat. Adakah ini etika
bertahaluf. Kita tidak memandang ringan dua wakil rakyat yang sanggup
menyeberang, yang jadi broker, yang jadi barua, semua ada. Tidakkah setiap
wakil rakyat kita berbaiahmacam jadi calon (sebut) wallahi wabillahi watallahi,
berbaiah, mana besar dengan baiah dengan aku janji…..”
Dalam erti kata PAS memandang berat tindakan dua ADUN Hulu
Kelang dan Morib itu, sewajarnya dengan reaksi para perwakilan dan penegasan
Presiden itu mereka samada menarik diri dari keputusan yang telah dibuat atau
secara jujur membebaskan diri dari ikatan jemaah.
Tetapi apa yang berlaku hari ini mereka, sekurang-kurangnya
ADUN Hulu Kelang masih terus mahu menegak benang yang basah. Beliau dipetik
sebagai “mencabar” pula Presiden PAS agar membuktikan dimanakah beliau itu
dibeli!
Dan beliau berkata:
"Ramai sarjana Islam dalam parti, namun mereka
membenarkan usul untuk mengutuk tindakan saya, perenggan mana dalam
Perlembagaan parti membenarkan hukuman dijatuhkan sebelum perbicaraan
dijalankan? Adakah ini sebuah parti Islam?
Dalam hal “membeli” ini saya tertarik dengan ulasan Naib
Presiden PAS Dato Tuan Ibrahim Tuan Man yang mengatakan:
“Bila sebut beli tak semestinya bayar dengan duit. Beli
maruah diri, beli sokongan tanpa merujuk kepada parti terlebih dulu. Semua ini
kiasan kepada beli. “
Ternyata YB Hulu Kelang tidak senang dengan kenyataan
Presiden PAS, dan apa yang telah dibangkitkan oleh para perwakilan dalam
Muktamar malah bertindak mempertikaikan pula ke Islaman PAS
Kedua-dua ADUN tersebut mungkin berasa panas dan tidak
selesa dengan kenyataan Presiden PAS dan akar umbi PAS dalam Muktamar,
sedangkan mereka tidak memikirkan betapa terhiris, hancur dan pedihnya hati ahli-ahli
PAS apabila mereka dengan senang mengambil keputusan melangkah kepala pimpinan dalam
membuat keputusan menandatangani SD tempuh hari.
Alangkah baik jika begitu, terus-terang putuskan sahaja
ikatan dengan PAS. PAS sudah tidak Islam pada mata dan fikiran anda, maka
keluarlah dan cari bahtera lain dari anda terus-terusan menjadi duri dalam
daging perjuangan kami.
1 comment:
Dua adun tak reti bahasa Melayu kot
Dah terang-terang 2 adun tu sebelah PKR, itulah dibahasakan kena beli.
Post a Comment