Jika semuanya berjalan lancar
esok Selangor akan mendapat Menteri Besar yang baru. Menurut laporan Tuanku
Sultan Selangor telah berkenan melantik ADUN Bukit Antarabangsa YB Azmin Ali
yang juga Timbalan Presiden PKR sebagai MB menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim
yang telah dipecat oleh PKR.
Alhmadulillah, krisis MB Selangor
berakhirlah sudah tambah-tambah dengan pengumuman oleh Presiden PKR sebentar
tadi bahawa PKR mengiktiraf perlantikkan tersebut.
Selangor yang asalnya tenang dan
selesa dengan kemenangan besar Pakatan
Rakyat dalam PRU ke 13 lalu tiba-tiba berkocak apabila pihak-pihak dalam
PKR mahu menggantikan Tan Sri Khalid sebagai MB atas alasan-alasan mereka
sendiri. Umum mengetahui bahawa meskipun PKR rakan terkecil di Selangor dari
sudut bilangan kerusi yang dimenangi pada PRU berkenaan, namun PAS dan DAP
telah memberi persetujuan bahawa Selangor akan diterajui oleh MB dari PKR.
Lalu terciptalah projek “Langkah
Kajang” kononnya untuk membawa masuk Anwar Ibrahim ke dalam DUN Selangor bagi
memulakan proses penukaran MB berkenaan, walaupun pelbagai hujah diberikan
ketika itu kononnya langkah itu bukan bermakna mahu menukar MB, tetapi akhirnya
terbongkar juga bahawa alasan utama langkah berkenaan adalah untuk mematikan
karier Tan Sri Khalid sebagai MB.
Untuk “Langkah” itu kerusi PKR
terpaksa dikosongkan. Akhirnya perancangan untuk menaikkan Anwar tidak berjaya
apabila beliau dari segi teknikalnya tidak boleh bertanding. Diisilah pula
kekosongan itu dengan Dr Wan Azizah. Terkorbanlah seorang ADUN PKR semata-mata
untuk memberi laluan ini.
Asalanya langkah berkenaan
konon-kononnya bukan untuk menukar MB, sekejap mahu tukar, sekejap tidak,
sekurang-kurangnya begitulah rakyat diberitahu.
Sejurus itu dalam pada ia dan
tidak, Tan Sri Khalid dipaksa mengosongkan kerusi MB nya. Apabila beliau
enggan, PKR memecatnya dengan mempercayai bahawa tindakan sebegitu akan memaksa
kerusi MB kosong, rupanya tidak.
Dari sana bermulalah perbalahan
terbuka antara Tan Sri dan PKR dan seterusnya terbabit pula sesama PR khasnya
antara PKR dan DAP dengan PAS.
Berlarut-larutan ketegangan yang
asalnya sesama PKR sahaja tetapi kemudiannya menular sehingga menjangkiti PAS.
Pening dan terganggu fikiran rakyat
Selangor termasuklah pihak istana lantaran kekalutan ini semua khasnya apabila
PKR cuma mahu seorang calon sahaja untuk naik sebagai MB Selangor. Tolak dan tarik
terus tercetus, memuncak sehingga 2 orang ADUN PAS berpaling tadah setelah di
beli dan dibaruahkan.
Presiden PAS kehadapan mahu
meredakan ketegangan dengan menasihatkan agar nama Azmin turut dikemukakan
sebagai calon alternatif. Cadangan berkenaan ditempelak dengan Tidak, Tidak dan
Tidak. DAP yang sebelum-sebelum ini fanatik dengan dasar meritokrasi dan hak
untuk didengar, juga tergelincir dalam kancah ini apabila menari dengan rentak
Tidak, Tidak dan Tidak juga.
Malah lebih parah lagi Presiden PAS dtuduh mahu bikin kerajaan campuran dengan Umno dan Azmin turut dipelawa bersama, sungguh jahat dan parah pihak-pihak tertentu.
Akhirnya, setakat malam ini kita
dimaklumkan. Pertama istana perkenankan pencalonan Azmin dan kedua PKR terima
perlantikkan Azmin.
Bayangkan betapa banyak
kecelaruan dan ketegangan dapat dielakkan, kiranya pada awal-awal lagi, tanpa
perlu Kajang Move, tanpa perlu PRK Kajang, tanpa perlu bertelagah sesama PR,
Tan Sri Khalid diumum digantikan, dan penggantinya adalah Pengerusi PKR Selangor
dan Timbalan Presdien PKR (bukan orang lain) iaitu Azmin Ali.
Demikianlah berakhirnya satu krisis
yang sepatutnya mudah diselesaikan tetapi menjadi rumit lantaran menerima nasihat
dari penasihat yang tidak sihat.
Tahniah YB Azmin Ali.
1 comment:
kesian TSKI...berhabisan duit sendiri utk memenangkn azizah..bila dh menang azizah plk pecat dr terus menjadi mb...
Post a Comment