Sunday, September 14, 2014

Antara media alternatif dan suratkhabar "alas kaki" (14/9/14)


The Malaysian Insider (TMI) merupakan salah sebuah portal berita yang lahir sebagai media alternatif yang mengambil kesempatan dari luasnya dunia tanpa sempadan di internet untuk mencapai sasarannya, khasnya pembaca tempatan di Malaysia. Sebelum daripadanya telah wujud Malaysiakini (MK), Malaysia Today (MT) dan lain-lain.
Media alternatif menjadi popular di Malaysia apabila media saluran perdana khasnya TV dan beberapa akhbar cetak tertentu dilihat terlalu condong dan malah menjadi jurucakap parti kerajaan sehinggakan sering terlibat dalam penulisan dan laporan putar belit yang memual dan membosankan rakyat.

Kehadiran media alternatif ini mengisi kekosongan laporan objektif dan seimbang yang sering ketandusan dalam media arus perdana.Maka popularlah TMI, MK, MT dan lain-lain.

Namun malangnya kebelakangan ini beberapa portal berita yang bangkit atas runtuhan kebebasan media di atas, rupa-rupanya bukan bersaing untuk menjadi lebih baik dari media arus perdana sebaliknya menjadi sama taraf dan terkadang lebih memutar belit dari media arus perdana yang sepatutnya disainginya.
Contohnya hari ini dengan sebaris maklumat dari Ketua AMK Malaysia, Nik Nadzmi, TMI telah melakukan “spin” setaraf Utusan Malaysia dengan menonjolkan tajuk: “Aksi sarkas krisis Selangor: Hadi pantau Khalid”.

Maklumatnya sekadar sebaris tetapi “gorengnya” memburukkan Presiden PAS sehingga hangit dan tengit.
Saya rasa bukan saya seorang yang merasakan keterlaluan TMI ini kebelakangan ini, tetapi lihatlah dari komen pembacanya:

Incik Rie: Bodoh betul si nik nazmi ni. Belum apa apa lg dah dedahkan isi perbincangan. Biasalah, berbeza pendapat dalaman. Itu je kerja pkr ni, mengutuk dan menikam sesama dari belakang .. Budaya luar tabii. TMI jadi syaitan pengantara fitnah..
Insan Ehsan: Ketara sangat corak penulisan berita TMI membenci TGHH. Nampaknya bagaimana sikap Utusan Malaysia terhadap Anwar, begitulah sikap TMI terhadap TGHH.

Fadhillah Yusof: Malaysia Insider nampaknya bersungguh-sungguh utk buruk & jatuhkan Tuan Guru Hadi. Sebelum tu habis TSKI dibelasahnya. Buat laporan berat sebelah. No different dari suratkhabar alas kaki UMNO.Agak2 nya siapa lah yg bayar ye....
Yusri Yusof: .........rubbish article in garbage media!

Ternyata TMI mempunyai agenda tertentu khasnya dalam mencorak hala tuju dan kepimpinan dalam PAS. PKR dan DAP sering dijulang sebagai wira dan hebat, tetapi apabila sahaja melaporkan darihal PAS khasnya Presiden dan Kepimpinan Ulamak, maka tiadalah Bahasa yang baik dan adil dapat diberikan selain mengutuk, mengkritik dan merendahkan.
Mungkinkah TMI (meminjam kata-kata pengulasnya di atas) sudah setaraf Utusan Malaysia, suratkhabar alas kaki Umno, atau sebaris dengan “garbage media” lain? Tahniah para “spin doctors” yang merupakan pasukan upahan yang berkemungkinan tak lama lagi lebih baik dari yang di Utusan.

2 comments:

Nyokomeng said...

masih ramai lagi kah yang berkepala sengal... masih percaya berita putaralam dari the malaysian insider?

Anonymous said...

Puak2 lajnah akan bercita utkmmengusul undi tak percya kpd tghh atau msu atau ke2 sekali..maka para pencinta ulama jgk harus bercita2 utk mengusul undi tdk percya pd timb presiden, ajk pusat, luham dannterkini keua pemuda pas sendiri...diam tdk bersuara bila tghh difitnah oleh ketua amk...lwn jgntk lwn