Saya menerima satu komen berupa soalan yang sangat menarik dari pengunjung blog ini melalui posting bertajuk BANGSA YANG BUTA SEJARAH. Saya kira apa yang beliau (“kampung lad”)kemukakan itu wajar dibincang secara akademik. Beliau menulis:
soalan: 1. mengapa keturunan penjajah diiktiraf sbg bumiputera sedangkan keturunan cina, india & lain2 (tok nenek depa sampai sini jauh lebih awal dari portugis - ini adalah fakta)tidak? 2. adakah peninggalan penjajah spt alfarmosa & lain2 menjadi kebanggaan negara? sapa orang eropah yg dok melawat tempat2 tu?
Bagi soalan pertama mungkin KL (“Kampung Lad”) maksudkan itu adalah kaum Serani Portugis di Melaka atau yang juga dikenali sebagai “grago” yang diberikan status Bumiputera oleh pihak kerajaan. Beliau pertikaikan mengapa “keturunan penjajah” ini diiktiraf Bumiputera sedangkan keturunan Cina, India dan lain-lain tidak. Memang menarik persoalan ini. Saya tiada jawapannya.
Tapi setahu saya mereka ini terhasil dari perkahwinan campur masyarakat tempatan Melaka semasa penjajahan Portugis (dan selepas itu) dengan para penjajah Portugis. Bermakna orang tempatan (sudah pastilah orang Melayu) yang berkhwin dengan penjajah Portugis dan menetap terus di Melaka mereka inilah keturunan Serani yang dimaksudkan itu hari ini. Mereka mengamalkan saki baki budaya dan adat Portugis dan lebih penting lagi adalah penganut Katolik.
Ada pendapat yang mengatakan inilah merupakan hasil gerakan penyibaran Kristian ke atas anak tempatan sewaktu “Solibiyah” Portugis bertapak di Melaka. Mubaligh terbesar Portugis ketika itu St Francis Xavier (yang mayatnya sempat dimakamkan seketika di Bukit St Paul Melaka) dikatakan mengetuai gerakan besar-besaran ini ketika itu.
Apapun mengapa mereka ini diiktiraf Bumiputera mungkin kerana mereka punya darah Bumiputera asalnya, wallahualam.
Bagi soalan kedua memang A Famosa, Stadhuys (bangunan peninggalan Belanda yang bercat merah) adalah warisan penjajah. Ia sebenarnya bagi pandangan saya wajar dikekalkan walau dibina atas airmata anak tempatan. Sekurang-kurangnya ia mengajar kita mengerti sejarah dan memudahkan kita mengenal dan mengesan warisan kita. Memang ada pelancong Eropah yang masih mengunjunginya termasuklah sebahagian besar warga Malaysia sendiri.
Sekurang-kurangnya kita tahu bahawa penjajah seperti Portugis, Belanda dan kemudiannya Inggeris (termasuklah Jepun) tahu akan betapa tingginya nilai strategik bumi kita. Berharga tanah air kita ini sehingga menjadi rebutan ramai, kerana itu penting kita mengharagi dan mempertahankannya.
Simbol dan binaan penjajah itu wajar mengajar kita agar jangan lagi diulangi kesilapan yang lampau sehingga tergadai tanahair kita.
Tapi janganlah ia diroboh pula nanti kita lupa segala-galanya.
Apa pandangan anda pula?
A Famosa
Stadhuys
3 comments:
begitu juga dgn baba dan nyonya , depa pun kawin ngan orang tempatan jugak , kenapa tak diberi taraf bumiputra . Patutnya mana mana pihak yg dapat menunjukkan bukti 9 keturunan lahir di malaya , maka terus beri taraf bumiputra , yg indon mai , pastu beranak , terus dpt taraf bumi , yg tu kita kena sekat..
bukan shj bangunan bersejarah harus dikekal , begitu juga dgn nama jalan w/pun nama mat salleh kerana sejarah ialah fakta.. tapi jalan baru , jgn gatai pi bubuh jalan washington
1. ''Menurut catatan sejarah Portugis yang bengis itu telah memunggah dan memusnahkan segala kesan peradaban Melayu Islam termasuklah memusnahkan Istana Sultan, Masjid Negeri dan makam di Raja''.
ini sdra yg tulis. kenapa kita tak boleh musnahkan peninggalan depa?
1. ''Tapi setahu saya mereka ini terhasil dari perkahwinan campur masyarakat tempatan Melaka semasa penjajahan Portugis (dan selepas itu) dengan para penjajah Portugis. Bermakna orang tempatan (sudah pastilah orang Melayu)''.
ini juga ditulis oleh sdra. mengapa keturunan mereka sekarang agama kristian? sekiranya ini berlaku, pasti mereka ini semua islam. (kerajaan islam telah ujud sebelum portugis). berbeza dgn masyarakat baba & nyonya, perkahwinan orang cina dgn melayu tempatan berlaku sebelum kedatangan islam. adakah keturunan mereka masih diistilah sbg kaum pendatang hanya kerana mereka bukan berugama islam? mengapa kebanyakan grago berkulit gelap? christian ronaldo kulit gelap ka? askar2 portugis diimport dari goa (tempat ni kat mana?) samalah dgn jepun, askar2nya berbangsa korea cuma pegawainya saja jepun.
di Malaysia, apa apa pun orang atasan nak buat, mereka melakukan nya disebabkan politik. Klau untung kita bagi tarap bumi kalau tak untung noway.
Begitu juga bila namakan jalan jalan....tukar nama mat saleh ke nama malaysia. Patriotik konon.POOOORAH
Post a Comment