Monday, March 05, 2012

Blog ini HIDUP kembali (5/3/2012)

Posting terakhir dalam blog ini adalah pada 6 November 2011 sempena Eidul Adha.

Bermakna hampir 5 bulan saya tidak membikin sebarang “update”..........malas? Sebenarnya tidak cuma terlalu banyak perkembangan disekeliling yang memaksa saya memilih untuk berdiam diri. Saya tidak mahu dilihat condong kemana-mana.

Alhamdulillah hari ini tergerak hati saya untuk menagktifkan kembali blog ini mungkin kerana kebetulan mulai 1 Mac ini saya sekadar ahli biasa dalam sebuah parti politik. Bila sudah tiada jawatan ini terasa ringan dan kecil.

Teringat pula satu ucapan almarhum Dato Fadzil Nor, kamu yang duduk atas bukit (maknanya dudk tinggi di atas yakni berjawatan besar) memanglah kamu nampak kami di bawah ini kecil tetapi kamu lupa kami yang di bawah pun nampak kamu diatas kecil juga..................

Apa pun blog ini insyallah akan saya aktifkan semula, mungkin mengulas isu-isu yang lebih dekat dijiwa saya. Kurang berpolitik lebih pada hal-hal yang menarik minta umum.......

Kunjung-kunjungilah kembali blog ini kepada mereka yang masih minat. Terima kasih.

1 comment:

abu amir said...

Alhamdulilah...hati tertanya juga apakah gerangan yg menyebabkan penulis menyepi...utk makluman Saya antara peminat blog Roslan SMS...walaupun ada suara nakal yg sinis terhadap pilihan saya...