Tuesday, March 20, 2012

Apa MESEJ iklan ini (20/3/12)

Saya pasti ramai yang pernah terserempak dengan iklan ini (barangkali ada yang dah gunakan pun produknya). Kalau di TV3 ia sering dimuatkan semasa siaran Buletin Utama.

Ianya bermula dengan “alarm” sebuah kedai emas berbunyi, dan seorang yang digambarkan sebagai perompak berlari keluar dari kedai berkenaan menuju ke lorong-lorong jalan. Dalam waktu yang sama seorang anggota polis wanita dimaklumkan melalui “walkie talkie” nya berkenaan insiden itu dan berlari kea rah perompak tadi.

Penghujungnya mereka bertemu dan iklan ini berakhir sebelum mereka berdakap.

Iklannya adalah AXE ANARCHY keluaran Unilever sebuah alat semburan badan.

Yang menghairankan abagaimana iklan sebegini dapat dilepaskan? “Segalanya akan berubah” kata mesej iklan ini.

Bagi saya iklan ini mengambarkan satu mesej yang buruk dan tidak seharusnya menjadi tontonan awam kerana ia seolah tidak menghukum si pesalah sebaliknya semua selesai apabila penjahat lelaki dan polis perempuan berdakap!

Apa pandangan anda?

2 comments:

Akmal said...

memang mengarut pun...ntah2 ape iklan kat TV Malaysia ni...yang penting untung je diorang ni...bukan fikir2 kan tentang kesan kepada anak2 yang baru nak naik ni...mana taknya budak2 sekarang tak ikut...kerajaan sekarang lebih suka melihat anak bangsa sendiri hancur dalam keruntuhan moral dari diorang pandai dalam percaturan politik sebab kalau dah pelapis hancur senang sikit diorang nak membangkrupkan negara ni...CAM HAMPEH!...

abu amir said...

Menjatuhkan Martabat PDRM yg sememangnya telah tercalar reputasinya...