Wednesday, March 07, 2012

Kedah terus kekal (7/3/12)

Apa dah jadi di Kedah? Terancamkah kedudukan PR di Kedah dengan perkembangan terbaru? Macam-macam soalan diajukan kepada saya oleh rakan-rakan termasuklah teman-teman media (yang mengenali saya ketika saya SU Akhbar Presiden PAS satu ketika dahulu).

Kepada rakan-rakan saya katakan saya ada penuh keyakinan dengan kewibawaan MB Dato Seri Ustaz Azizan Abd Razak. Beliau disayangi istana dan rakyat dan gandingan itu merupakan kriteria penting dalam kejayaan kepimpinan seorang MB.

Saya walaubagaimanapun tidak dapat memberi respon kepada teman-teman media kerana saya sekadar ahli biasa sahaja – opinion and comments of which have no material value.

Tetapi melayan rakan-rakan saya katakan saya secara peribadi merasakan formula penyelesaian yang dibuat agak janggal dan pasti sukar buat seorang MB melaksanakan tugasnya dengan efisyen. Tambahlah terbukti dengan perkembangan terbaru apabila salah seorang EXCO yang punya masalah dengan MB mendedahkan pula beberapa perkara pada media alternatif yang seolah mahu mengeruhkan lagi suasana.

Kalau kedua mereka akur dan menutup mulut sambil menjalankan tugas (saya ingat Allahyarham Prof Madya Nik Abd Rashid (UITM) pernah berpesan pada saya manusia ini Allah kurniakan satu mulut dan dua tangan oleh itu kurangkan bercakap dan banyakkan kerja) sudah pasti licin dan lancar tetapi mereka memilih untuk terus mengeluarkan kenyataan seolah kelihatan ada dua tiga MB di Kedah.

Bagi saya kalau sudah tak boleh sebulu dengan MB atas apa sebab sekalipun wajarlah undur diri dan beri laluan kepada mereka yang boleh bekerjasama dengan MB. Bukannya tak boleh berbeza pandangan tetapi forum yang layak adalah dalam perbincangan dan mesyuarat tertutup bukannya terbuka sebegini.

Ustaz Azizan bukannya Tok Guru kampong (maaf bukan nak menghina Tok Guru kampung yang jauh lebih ikhlas dari yang terlopong dalam bilik berhawa dingin) tetapi seorang ulamak yang sangat berkelayakan. Punya Ijazah Sarjana Muda dari Al Azhar dan Iajazah Sarjana dari University of Kent, UK. Pernah menjadi Ketua Jabatan Syariah UKM, Pensyarah Pelawat Mindanao State University, Filipina dan Pensyarah UIAM.

Berilah peluang beliau memimpin dan mengharumkan nama parti. Bukankah Kedah rebah ke tangan PAS dan PR semasa beliau Pesuruhjayanya.

Kedah boleh lebih maju dan ke hadapan lagi kiranya beliau diberi kebebasan meneruskan style kepimpinannya.

Mengapa kita perlu bertelagah secara terbuka diwaktu satu dunia sedang menilai dan melihat kita? Ini jemaah dan gerakan Islam bukan parti nasionalis atau kominis..........serlahkanlah kehebatan Islam bukan sebaliknya. Insyallah PAS dan PR boleh kekal di Kedah kiranya MB memimpin EXCO nya dan bukan sebaliknya.

Sekadar pandangan seorang ahli biasa...............

2 comments:

kampong lad said...

if you cannot beat them, abandon them..beat it! beat it!

abu amir said...

Setujuuu..sebagai TPJ seharusnya memberi tauladan yg baik kpd ahli bawahan.... Sucikan hati iklaskan perjuanggan...