Mahkamah Rayuan Syariah telah mengekalkan hukuman 10 tahun penjara dan denda RM16,500 ke atasnya sebagaimana disabitkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah kerana bersalah di bawah Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor 1995.
Memang wajarlah orang yang sesat seumpama ini dikenakan hukuman sedemikian demi menyelamatkan ummah dari terjebak pada ajarannya yang sesat lagi menyesatkan itu.
Apa yang mahu saya tonjolkan dalam posting ini bukanlah sangat mengenai kes Abdul Kahar ini tetapi kebimbangan saya apabila membaca laporan yang sama dalam sebuah portal “bebas” tempatan. Oleh kerana portal ini menganggap dirinya “bebas” maka ruangan komennya juga saya perhatikan sentiasa membiarkan dirinya “bebas” sehingga terkadang mengizinkan komen yang sangat sensitif dan boleh mencetuskan kemarahan dan ketegangan.
Salah sebuah komen yang termuat dalam laporan itu menyebut:
Peter Peace · Pengulas Tertinggi
tiada satu pun yang menyesatkan... mungkin benar apa yang dikatakan... pergi haji hanya merugikan dan berfikiran bahawa Allah hanya ada di mekah sahaja. sedangkan duit itu boleh digunakan membantu orng miskin dan susah..Allah tidak suka orngyang pentingkan diri sendiri.. yang untung kerajaan arab.. tidak perlu banyak promosi pelancongan hanya guna Nama Allah sahaja.. dan sembah sujud 5 waktu arah (kiblat)kahbah juga satu kebodohan seolah2 Allah hanya ada di kahbah.. bayangkan jika kahbah hilang? kearahmanakah kalian bersembahyang.
· lebih kurang sejam yang lalu
Saya pasti sesiapa sahaja yang membaca ulasan ini akan marah. Ternyata penulis komen ini sengaja mahu mencetuskan kemarahan tetapi masalahnya pengendali portal atas nama “kebebasan” tidak berasa apa-apa. Inilah barangkali yang dikatakan “freedom of speech” atau kebebasan bertutur dan mengeluarkan pandangan walaupun ianya menginjak dan menyakiti sinsitiviti orang lain.
Sesungguhnya agama Islam dan agama-agama lain telah wujud di tanahair kita sekian lama. Masing-masing penganut jelas menghormati sesama lain dan akur akan batas-batas yang tidak boleh diterobosi oleh masing-masing pihak. Biarlah orang lain dan bumi lain berbangga dengan kebebasan mutlak mereka tetapi di sini kita punya cara dan kaedah kita sendiri. Jangan musnahkan apa yang ada atas nama "kebebasan".
No comments:
Post a Comment