Senyap sekejap isu samada Hang Tuah benar wujud ataupun sekadar mitos.
Saya terpanggil membawa isu ini sebab kebetulan baru pulang dari Melaka. Siapa sahaja yang mengunjungi negeri bersejarah ini pasti bangkit satu macam perasaan yang sukar diperjelaskan. Di bumi inilah suatu peradaban besar pernah wujud. Kesultanan Melayu yang besar menjangkau rantau sebelah sini dengan kemajun pesat dan kedudukan ekonomi yang kukuh dizamannya. Lantaran pengaruh besarnyalah maka Islam kemudiannya tersebar luas di Tanah Melayu apabila Sultan dan pimpinannya memeluk Islam.
Malangnya di bumi ini jugalah kemudiannya kuasa besar dunia ketika itu Portugis yang meluap-luap dengan semangat “Salibiyah” telah berjaya menakluk dan menjatuhkan kerajaan Melayu pada 24 Ogos 1511 sehingga tiada lagi kesultanan berkenaan di Melaka sehingga dewasa ini. Menurut catatan sejarah Portugis yang bengis itu telah memunggah dan memusnahkan segala kesan peradaban Melayu Islam termasuklah memusnahkan Istana Sultan, Masjid Negeri dan makam di Raja.
Batu-batu pejal dari kemusnahan itu dibinakan Kota A Famosa yang kesannya tinggal hingga hari ini.
Penjajahan Portugis kemudiannya bertukar tangan kepada Belanda pada tahun 1641. Bebrbeza dengan Portugis Belanda lebih mementingkan ekonomi dari semangat “Salibiyah”. Dan dari Belanda bertukar pula kepada Inggeris pada tahun 1824 sehinggalah merdeka melalui Malaya pada tahun 1957.
Kembali kepada isu Hang Tuah tadi kebetulan saya terserempak dengan dua buah makam ketika bersiar-siar di Bandaraya Melaka. Kedua-dua buah makam itu berhampiran Jonker Walk. Sebuah adalah Makam Hang Kasturi sebuah lagi yang lebih besar di lorong yang berlainan adalah Makam Hang Jebat. Kedua-duanya dikatakan hidup semasa pemerintahan Sultan Mansur Shah 1456-77.
Saya kira kita amat lemah dalam menggali bahan dan rekod sejarah kita sendiri. Kita sepatutnya bermula dari zaman penaklukan Portugis dan “reverse” dari situ untuk mengumpulkan apa sahaja artifak, rekod dan catatan yang ada untuk lebih mengenali sejarah kita sendiri.Bukannya mencari-cari dari zaman penemuan atau pembukaan Melaka yang sudah pasti lebih sempit lagi kemungkinan untuk mengesan apa-apa.
Bagi saya Hang Tuah wujud atau tidak bukan isunya, isu di sini adalah rekod sejarah kita sendiri yang kabur dan hampir tiada pra penaklukan Portugis. Kerana itu apabila dicabar tentang kewujudan Hang Tuah kita jadi goyang dan gawat. Apalagi nanti tentang Parameswara, penemuan Melaka dan lain-lain.
Kalau perlu kita hantar pakar-pakar ke Portugal untuk memunggah kahzanah di sana bagi mengesan perkara ini. Suatu usaha serius perlu diambil jika tidak kita menjadi buta akan sejarah kita sendiri sedangkan ianya bukan pun berates atau ribuan tahun sebagaimana Rom dan Greek dahulu.
Dari kita sibuk tentang muzium kapal selam saya rasa lebih baik kita belanjakan wang untuk usaha ini.
Gerbang di Makam Hang Jebat
Makam Hang Jebat
Makam Hang Kasturi
5 comments:
Hang Jebat ada..pasal ada kubur
Hang Kasturi ada..pasal ada kubur
Hang Tuah tak de..pasal tak de kubur..
Hebat tul pakar sejarah kita buat rumusan.
Moyang aku kira tak de gak..pasal kubur tak de dan tak dapat dikesan.
Tapi peliknya aku pulak ada..
Cam ner pakar2 sejarah?
soalan: 1. mengapa keturunan penjajah diiktiraf sbg bumiputera sedangkan keturunan cina, india & lain2 (tok nenek depa sampai sini jauh lebih awal dari portugis - ini adalah fakta)tidak? 2. adakah peninggalan penjajah spt alfarmosa & lain2 menjadi kebanggaan negara? sapa orang eropah yg dok melawat tempat2 tu?
Korek je kubor tu, ambik DNA tengok asal usul mereka
Ini semua usaha kearah mencelarukan jati diri melayu...
Jgn dilayan usaha kearah mencelarukan jati minda melayu... Walaupun atas alasan akedemik...
Post a Comment