Thursday, October 27, 2011

Hudud: Kelantan tak mahu cakap kosong lagi

Kata Niz Aziz, MB Kelantan sebagaiaman dipetik oleh akhbar The Star: “Era bercakap-cakap berkenaan Hudud sudah berlalu. Sekarang adalah masanya untuk bertindak, tiada lagi cakap-cakap kosong”.

Beliau berkata demikian apabila menjelaskan kepada pihak media bahawa dengan perlantikan JK Teknikal berkenaan Hudud yang dilantik oleh kerajaan negeri, beliau tidak lagi mahu mengulas atau memperkatakan apa-apa berhubung perlaksanaan Hudud di Kelantan, sebalinya menyerahkan kepada EXCO Agama Ustaz Dato Mohd Amar Nik Abdullah (yang merupakan salah seorang dari anggota JK yang diketuai Timbalan Menteri Besar) untuk mengeluarkan sebarang kenyataan.

Adalah dijangkakan JK ini akan bersidang dan kemudiannya mengemukakan syor dan cadangan kepada kerajaan negeri bagi melaksanakan hukum berkenaan di negeri Kelantan, salah nsebuah negeri pertama di Malaysia yang akan mendaulatkan hukum Allah itu.

Komitmen kerajaan negeri dalam melaksanakan hukum berkenaan sewajarnya diberi pujian memandangkan itulah kehendak dan kemahuan rakyat negeri Serambi Mekah itu.

Sama-sama kita tunggu perkembangannya nanti.

3 comments:

dino.yp@gmail.com said...

selamanya ni kerajaan PAS bercakap kosong rupanya...allah maha besar!

roslan sms said...

Bukan makudnya begitu saudara.......kalau cakap kosong tak diluluslah enakmen berkenaan. Yang maksud cakap ksong ru adalah tidak lagi peringkat penjelasan tetapi kini pringkat penguatkuasaan.

Itulah yang saudara dan saya serta kita semua yang Muslim mahu.

Allahuakbar

suparjo@blogspot.com said...

eloklah, janganlah lagi menyalahkan mana2 pihak sebab sekarang sudah ada keputusan yg hudud boleh dilaksanakan tanpa pindaan perlembagaan. ini pun utk buktikan 'bukan cakap2 kosong'.