Wednesday, October 19, 2011

Antara Shalit dan 1027 pejuang Palestin

Saya yakin ramai yang mengikuti peristiwa pembebasan Sarjan (sebelumnya Korporal dinaikkan ke Sarjan sejurus sebelum pembebasan) Gilad Shalid dari tahanan HAMAS yang digantikan dengan pembebasan 1,027 orang tahanan Palestin dalam penjara Israel.

Shalit seorang anggota tentera Israel telah ditawan dalam wilayah Israel oleh pejuang Palestin pada 25 Jun 2006 ketika beliau tercedera dalam satu pertempuran antara para pejuang Palestin dengan tentera haram Israel. Beliau berada dalam tahanan di Palestin selama 5 tahun.

Ramai yang tidak faham seluk-belok dan sepak terajang konflik dan politik Timur Tengah khasnya antara Palestin dan Israel tertanya-tanya mengapakah Israel sanggup membebaskan begitu ramai orang Palestin untuk digantikan dengan hanya seorang anggotanya.

Melihat dari berbagai perspektif apa yang mahu saya ketengahkan di sini adalah sikap bangsa Yahudi Israel ini. Demi menyelematkan seorang ahli kaumnya, ia sanggup berkorban melepaskan 1,027 orang musuhnya. Memang nampak tak rasional tapi bagi mereka begitulah mahalnya harga dan nyawa seorang anak Israel.

Dan alaupun ia bermusuh bermati-matian dengan HAMAS namun demi nyawa seorang anggota pangkat rendahnya ia sanggup berunding dan memenuhi permintaan musuhnya.

Ini bagi saya menunjukkan betapa tingginya semangat kenegaraan dan perkauman mereka serta daya juangan dan perngorbanan mereka.

Musuh Islam ini sanggup bergolok-gadai demi nyawa seorang anggota yang tidak pun penting dalam hiraki ketenteraan mereka.

Inilah semangat yang sepatutnya ada pada kita. Saya gembira kerana seribu lebih pejuang Palestin yang terseksa dalam tahanan dapat dibebaskan namun dalam waktu yang sama kita perlu belajar dari semangat musuh kita ini.

Apa pun syabas bag i HAMAS kerana dapat berunding dengan mereka melalui pihak ketiga Mesir dan semoga perjuangan membebaskan Palestin dan Baitulmuqadis akan dapat disegerakan insyallah.

2 comments:

anakzaman said...

Tuan,

Tuan bukan tak tau apabila kita melihat siri-siri cerita atau filem Amerika atau orang barat yahudi hanya seorang sarjan sahaja yang menyiasat serta menyelesaikan masalah jenayah.

Bagitulah sikap ego yahudi memberitahu dunia bahawa bangsanya cukup sempurna dan hebat mentadbir dunia.

Nor Azman bin Sukerman said...

Assalamu alaikum.

1. Matematiknya 1 kopral =1,000 umat Islam.

2. Atas dasar Islam Hamas mampu meraih kejayaan itu - menggunakan peluang atas kelemahan Israel yang menyayangi rakyatnya walau pun hanya sekadar seorang kopral. Mampukah negara-negara Arab dan Islam lain melakukan seperti itu.

3. Demi seorang rakyat walau pun kopral, Istael sanggup melepaskan ribuan tawanannya, Mampukah UMNO-BN melindungi rakyat malaysia sebagaimana Israel lakukan terhadap rakyat mereka.