Alfatihah

Tuesday, October 11, 2011



Selamat Hari Raya/ Aidilfitri mulia/ ampun maaf dipinta/ mensuci hening dosa/ Setahun menghilang/ sekarang menjelang/ hari yang bahagia/selamat hari raya/ Seruan kita/ untuk semua/ selamat....selamat/ selamat Hari raya

Inilah lagu yang biasa didendangkan di radio menjelang Syawal dan sepanjang perayaan Hari Raya sebulan Syawal. Dari kecil inilah lagu yang apabila dimainkan menyemearakkan “mood” Raya. Saya percaya bukan saya seorang yang berperasaan begitu.

Pagi tadi penyanyi lagu ini Datuk Ahmad Jais atau nama sebenarnya Mohd Jais Ahmad, 75 tahun menghembuskan nafasnya terakhir di Pusat Perubatan Darul Ehsan Shah Alam. Semoga Allah swt mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham.

Alfatihah.

0 comments: