Apabila orang Islam pun keliru dan mengeliru

Thursday, October 06, 2011

Selagi tidak terlaksana selagi itulah akan ada pihak menuntut perlaksanaannya. Yang saya maksudkan adalah Hudud yang terus menjadi topik panas dalam Negara.

Baru-baru ini Presiden PAS mengeluarkan kenyataan agar jangan sesiapa mempertiakikan hudud sebagai hukum. Malah dalam artikel terbarunya beliau menulis:

Bagi penganut Islam jangan dipandang mudah dan ringan untuk mempermainkan isu ini sekadar undi pilihan raya nanti menang di dunia dan kalah di dalam kubur dan terjunam di hari akhirat

Islam hendaklah dikenali secara menyeluruh kerana setiap aspek dalam ajaran Islam berkait di antara satu sama lain, laksana mata rantai yang tidak boleh dipisahkan. Undang-undang hudud adalah berkait dengan undang-undang jenayah yang banyak cabangnya yang berkait pula dengan sistem kehakimannya sendiri, berkait juga dengan fikah, syariat, akidah dan akhlak yang ada roh perhitungan dosa dan pahala.

Yang jelas sebagaimana kenyataan TPM Muhyuddin Yassin yang pernah saya petik di blog ini bahawa hudud itu tidak dipertikaikan lagi adalah merupakan sebahagian dari hukum Islam. Apa yang terlaksana di Kelantan dan Terengganu melalui enakmen yang diluluskan di dewan negeri masing-masing adalah undang-undang yang digubal oleh kerajaan yang memerintah yang mahu membawa hudud dalam satu bentuk perundangan diguna-pakai diperingkat negeri untuk dilaksanakan.

Kritiklah negeri atau parti yang memerintah negeri itu atau pemimpin-pemimpinnya semahu dan sesuka hati tetapi sebagai seorang Muslim jangan sekali-kali mengkritik apa lagi mempertikaikan intipati hudud itu yang merupakan sebahagaian dari yang termaktub dalam al Quran iaitu ayat-ayat Allah swt.

Ini seirangan dengan kenyataan bekas Mufti Perlis Prof Madya Dr Asri Zainul Abidin bahawa umat Islam tidak sama sekali boleh mempertikaikan hukum hudud yang digariskan oleh al Quran. Namun mereka boleh mempersoalkan enakmen berkaitan, yang digubal manusia, jika mereka tidak berpuas hati.

Tambah Asri jika sekadar mahu mempertikaikan prosedur enakmen hudud (sebagaimana yang

Diluluskan di Kelantan dan Terengganu)ianya tidak menjadi masalah. Tetapi seorang Muslim tidak boleh berkata atau mendakwa yang hukum hudud al quran itu tidak adil.

Dalam hal ini saya rasa lebih selamat kita mengikut tafsiran dan tunjuk ajar para ulamak yang pakar. Jangan menggunakan akal fikiran apalagi logik akal untuk berhujah bab agama.

Seorang ahli akademik Muslim yang punya artikel dalam akhbar The Star menulis dengan berani:

Minta maaf jika anda ada kepercayaan peribadi yang hanya menjejaskan hidup anda dan anda tidak mahu ia dipertikaikan itu masalah anda. Tetapi jika anda mahu memperkenalkan sesuatu kepada umum , sesuatu yang bakal menjejaskan kehidupan rakyat, saya tidak peduli jika sumber yang anda ceduk itu datang dari langit, ia perlu dipertikaikan.


Saya tidak peduli jika anda mengatakan saya tiada ijazah dari al Azhar dan tiada berjanggut, saya tetap akan pertikaikan apa sahaja undang-undang yang mana-mana kerajaan mahu perkenalkan.

Barangkali kerana hujah-hujah sebeginilah maka Islam makin dipandang lekeh dan dipersenda oleh orang lain. Kalau kita sendiri sudah lupa asal-usul dan pembawaan kita, apalah nak diharapkan pada yang lain-lain.

2 comments:

Zalee said...

mreka2 ni cuma brpaut pd Islam skadar utk mnjadi pmimpin org mlayu yg mnjanji kn khidupan yg mewah.klau blh mreka sndri tdk mahu bragama Islam.Sbab itu mreka slamba je,mmprtikai kn hukum Islam.mreka jd mcm pnganut kristian di Eropah & Amerika,bragama kristian tp apa jg larangan dlm agama kristian smua mreka langgar.minum arak,brjudi dn brzina memang di larang dlm agama mreka,tp mreka msh mlaku kn ny.

Anonymous said...

Salam...sblm ni sy taw psl BN je..selepas Pakatan Rakyat memerintah Selangor..sekurang-kurangnya sy taw banyak kekurangan BN yang dapat ditampung oleh kerajaan Pakatan Rakyat, jd sy akan kekal memangkah PR utk GE 13...