Hari ini 12 Oktober adalah ulangtahun peristiwa hitam pengeboman di Bali yang berlaku 9 tahun lalu pada tahun 2002 di Pantai Kuta Bali, Indonesia. Seorang pengebom berani mati telah melepaskan bom tanpa perikemanusiaan sehingga mengorbankan 202 nyawa kebanyakkannya warga asing termasuk 38 warga Indonesia.
Selain bom berkenaan beberapa bom lain turut dilepaskan termasuk dari sebuah kereta. Selain kematian 240 lain tercedera.
Sebuah kumpulan dikenali Jemaah Islamiyah atau JI didakwa terlibat dan beberapa dari mereka di bawa ke hadapan pengadilan Indonesia. Tiga dihukum mati.
Semasa perbicaraan kumpulan berkenaan mendakwa tindakan mereka adalah sebagai jihak menetang Amerika dan Australia.
Kebetulan semasa berada di Indonesia baru-baru ini saya menonton sebuah dokumentari TV tempatan yang mengisahkan penderitaan keluarga mangsa pengeboman berkenaan termasuklah mereka yang mengalami kecacatan kekal akibatnya.
Islam berada dikandang salah semasa kehangatan peristiwa ini yang sebenarnya lebih merupakan tindakan mereka yang tidak bertanggungjawab yang menghalakan cara tanpa memikirkan akibat dan impaknya ke atas umat Islam sejagat dan Islam sendiri. Islam bukan agama “terrorist”, tidak pernah ditegakkan begitu.
Semoga tiada lagi perstiwa seumpama ini berlaku. Takziah kepada keluarga mereka yang terkorban termasuk beberapa orang Islam yang tidak bersalah.
No comments:
Post a Comment