Samada Isabella memang tidak mahir atau maklum banyak berkenaan sejarah Melaka ataupun memang tidak banyak catatan untuk memperkatakan berkenaan Melaka walau ketika itu.
Menaiki sebuah kapal kecil SS Rainbow dari Singapura melalui Selat Melaka, Isabella tiba ke Melaka dan berikut catatan pandangan pertamanya terhadap Melaka iaitu pada 20 Januari 1879:
Terdapat beberapa buah pulau kecil hijau pekat ke arah Selatan (apabila kapalnya menghampiri Bandar Melaka), di hadapan saya sebuah pekan yang kelihatan antik (tua) rupanya, rumah-rumahnya rendah, kebanyakkannya berwarna, dengan bumbung genting berwaran merah rata, kebanyakkannya dibina atas tiang, berterabur dari jauh, dan di kelilingi rumah-rumah bangle besar yang dilindungi pepohon hijau. Sebuah bukit tersembol di tengah, dimahkotai dengan sebuah gereja yang hampir runtuh usang, satu-satunya gereja Kristian tertua di rantau ini, dengan cerun-cerun berumput hijau di bawahnya, .........................Sebuah jeti yang panjang yang seakan terabai menjajar jauh dari darat ke laut cetek, beberapa tongkang Cina berlabuh dan dari jauh kelihatan beberapa nelayan Melayu mengawasi jarring masing-masing......
Ternyata 1879 Melaka tidaklah hebat, gemilang dan sibuk sebagaimana kita ketahui dan dimaklumkan ketika di zaman Kesultanan Melayu Melaka. Malah Isbaella sendiri seakan mengakui darihal Melaka yang pernah hebat apabila beliau mencatat:
The former greatness of Malacca haunts one at all times
(Kegemilangan Melaka satu ketika dahulu seakan menghantui sesiapa sahaja)
Semasa zaman Portugis sebelum ketibaan Belanda seorang penulis Linscholt ada menulis:
Tempat ini (Melaka) merupakan pusat pemasaran seluruh India, Negara Cina dan kepulauan Moluku, dan segala tempat berhampiran dan disekitarnya termasuklah Banda, Jawa, Sumatera, Siam, Pegu, Bengal, Coromandil dan India, kapal-kapal datang dan pergi begitu kerap sarat dengan beraneka barangan.
Ketika Isabella di Melaka (1879) Melaka tidak lagi sepenting dahulu. Perdagangan semakin kurang katanya, malah ia dijauhi pedagang besar kerana lautnya yang cetek (saya teringat ada membaca satu riwayat bahawa Sultan Mahmud sebelum berundur dari Melaka angkara penaklukan Portugis telah bersumpahh agar Melaka tidak lagi maju sebagaimana dizamannya)
Beliau merakamkan semasa lawatannya Cuma terdapat beberapa tongkang Cina, perahu orang-orang Melayu dan beberapa kapal wap Cina.....tiada akhbar di Melaka ketika itu, tiada bank, hotel atau pedagang Inggeris tempatan.
Barangkali kita boleh ambil iktibar dari catatannya yang berikut:
The Malays dream away their lives in the jungle and the Chinese who number twenty thousand are really the ruling population.
No comments:
Post a Comment