Tuesday, October 25, 2011

Kelantan semakin menghampiri Hudud

Akhbar tempatan hari ini melaporkan dari hal kesungguhan kerajaan Negeri Kelantan dalam usaha ia melaksanakan Hukum Hudud di negeri berkenaan.

Menurut laoran kerajaan negeri mengambil inisiatif menubuhkan sebuah jawatankuasa teknikal yang dipengerusikan oleh Timbalan Menteri Besar Ustaz Datuk Ahmad Yakob. Menurut EXCO Agama Ustaz Datuk Mohd Amar Nik Abdullah kerajaan negeri telah melantik 19 orang ahli untuk menganggotai jawatankuasa berkenaan termasuklah beliau sendiri selaku EXCO berkaitan.

Lain-lain ahli yang diundang oleh kerajaan negeri termasuklah Mufti Kelantan, Ketua Hakim Syariha Negeri, Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri dan Ketua Polis Negeri.

Jawatankuasa ini menurut beliau ditubuhkan setelah terdapat pandangan professional menyatakan bahawa enakmen berkaitan hudud yang diluluskan oleh kerajaan negeri itu sesungguhnya boleh dilaksanakan tanpa perlu melaui proses meminda Perlembagaan Persekutuan..

Adalah difahamkan sekiranya enakmen berkenaan dibaca sebagai enakmen syariah dan dibicara di mahkamah syariah, maka ia sebenarnya jatuh di bawah bidang kuasa kerajaan negeri dan tidak perlu sebarang pindaan diperingkat Persekutuan.

Semoga pakar-pakar yang menganggotai jawatankuasa ini akan mengkaji semua sudut dan memberikan nasihat terbaik kepada kerajaan negeri. Apa yang penting kita mahu melihat Kelantan menjadi negeri pertama memartabatkan hukum ini sebagaimana diwajibkan oleh Islam.

No comments: