Ramai dikejutkan dengan perkembangan terbaru di Negara jiran Brunei Darul Salam.
Isunya Paduka Seri Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah dalam satu majlis bertitah bahawa masanya sudah tiba untuk Brunei melaksanakan undang-undang Islam. Baginda bertitah demikian dalam persidangan bersama Majlis Ugama Islam Brunei dan Pejabat Peguam Negara Brunei.
Menurut Baginda sebagaimana dipetik dari The Brunei Times:
"We have the (Syariah) court building, in its grandeur, intellectuals and experts are also in abundance, and the country is independent, what more are we waiting for?"
(Kita telah ada Bangunan Mahkamah Syariah yang tersergam indah, cerdik-pandai dan pakar juga ramai, dan Negara ini Merdeka, apa lagi yang kita tunggu?)
Who are we, in the presence of Allah (SWT), to say 'no or wait'; considering that (Islamic) law was not only just formulated, but has been stated in Al-Quran and Al-Hadiths for more than 1,400 years."
(Siapa kita di hadapan Allah swt untuk mengatakan “tidak” atau :tunggu” memandangkan hukum Islam bukannya baru, tetapi telah tercatat di dalam al Quran dan Hadis sejak lebih 1400 tahun)
Titah Baginda lagi Baginda sering menuntut agar mahkamah Syariah ditubuhkan diperingkat tertinggi, untuk memikul tugas dan tanggungjawab bukan sekadar mentadbir undang-undang keluarga tetapi juga sudah tiba masanya melaksanakan Undang-undang Jenayah Islam.
Titah baginda lagi:
"Fifteen years has since passed, and there are still some that would say, 'we are not ready, we are still unable to' and 'there is still much to do' and that our preparations would require another eight or five years and so on "After that (five to eight years) there will be others who will immediately say we require a further five to eight years. If that is the case, when will the additional timeframes mentioned end?"
(15 tahun telah berlalu namun masih ada sebahagian yang mengatakan bahawa kita masih belum bersedia, kita masih belum mampu dan masih banyak yang perlu dilakukan dan bahawa persediaan kita masih memerlukan antara 5 ke 8 tahun dan seterusnya. Selepas itu nanti ada pula lagi yang lain yang akan mengatakan kita perlu lagi 5 ke 8 tahun. Jika begitulah keadaannya sampai bila ia akan berakhir?)
"Those who are caught drinking alcohol or drinks that intoxicate, if there is enough evidence why not carry out the law of God, if there is not enough evidence or something that prevents a Syariah ruling then the case can be linked to the original case and judged with takzir”
(Mereka yang ditangkap meminum arak, jika cukup bukti, mengapa tidak laksanakan hukum Allah, jika tidak cukup bukti atau ada sesuatu yang menghalang perlaksanaan Syariah maka dalam hal itu bolehlah kita kembali kepada kes asal dan dihukum menggunakan takzir)
Dengan perkembangan ini tuntutan melaksanakan hukum Iaslam khasnya Hudud nampaknya dengan takdir Allah swt telah merebak di rantau sebelah sini. Semoga perkembangan terbaru ini akan membawa ramai di antara kita khasnya umat Islam berfikir dengan masak dan panjang.
Kebetulan MStar online sebentar tadi memetik Presiden PAS sebagai berkata bahawa kerajaan Negeri Kelantan akan tetap melaksanakan Hukum Hudud.
Jelas beliau, niat untuk melaksanakan undang-undang Islam termasuk hudud sentiasa menjadi misi PAS sejak ia ditubuhkan. Tambah Tuan Guru:
"Pandangan kami terhadap undang-undang itu termasuk hudud sentiasa konsisten”
Dan malah seakan seiringan dengan hasrat Sultan Brunei, Tuan Guru menyatakan:
"Hudud adalah undang-undang yang tertulis dalam Al-Quran...bukannya ditulis oleh PAS atau para ulama,"
Semoga Allah swt membantu kita semua.
1 comment:
Allahu akbar! Itulah kebesaran Allah dan kehebatannya. Di sinilah tanggung jawab kita untuk menumbangkan UMNO-BN. Andai terpaksa juga kita berdepang dengan rakyat asing sebagai pengundi, marilah kita pakat-pakat solat hajat agar Allah "membutakan" mata-mata para pengundi ketika mengundi melainkan mereka melihat bulan, roket dan anak bulan semata-mata.
Post a Comment