Berita terbaru dari Libya, Pengerusi NTC (National Transitional Council) atau kerajaan sementara Libya, Mustafa Abdul Jalil mengumumkan di hadapan ribuan rakyat Libya di Benghazi bahawa dengan kematian Muamar Gadaffi, Libya telah benar-benar dibebeaskan.
Mustafa menyebut yang penting diperingkat ini bagi Negara tersebut adalah agar rakyatnya bersabar, mengamalkan kejujuran dan sentiasa bersifat pengampun. Yang paling penting dalam pengumumannya itu bahawa Libya yang “baru” akan menganuti Hukum Syariah sebagai sumber hukum dan perundangan utamanya. Mana-mana peraturan dan undang-undang yang ada yang bertentangan dengan hukum Tuhan itu akan dikira batal.
Sebagai langkah utama beliau mengisytiharkan sistem perbankan di Libya akan bebas dari riba.
Sejurus pengumuman itu Mustafa telah turun dari pentas dari bersujud syukur menandakan permulaan baru bagi Negara berkenaan.
Dengan pengumuman itu sudah pasti Negara Barat yang banyak menyumbang kea rah kejatuhan Gadaffi dengan harapan akan dapat mempengaruhi dasar dan keputusan Negara Libya yang “baru” itu akan tersentak sekaligus menyedari bahawa tuntutan politik umat Islam “global” kini adalah untuk kembali kepada agamanya dimana-mana sahaja.
Semoga perkembangan terbaru itu memberikan harapan baru kepada umat Islam dimana-mana sahaja dan mudah-mudahan Islam semakin dihormati dan difahami oleh semua pihak. Kita yakin Allah swt telah memperkenankan doa as Syahid Omar Mokhtar dan mereka-mereka yang bersamanya di Libya.
No comments:
Post a Comment