Catatan yang direkodkan oleh Isabella Bird dalam THE GOLDEN CHERSONESE yang merakamkan pengalaman lawatan beliau ke Semenanjung Tanah Melayu sekitar 1879 terus memukau minat saya.
Hari ini saya mahu berkongsi rakaman beliau berkenaan orang Melayu diwaktu itu iaitu kira-kira 132 tahun dahulu. Bagaimana cara hidup, pakaian, amalan orang-orang Melayu ketika itu. Ia mungkin bukan bacaan yang tepat tetapi sekurang-kurangnya kitra mendapat baying bagaimana seorang asing melihat kita 132 tahun lalu.
Semasa di Melaka pada bulan Januari 1879 Isabella membuat pemerhatian berikut berkenaa orang-orang Melayu yang beliau temui dan perhati. Menurut Isabella kehidupan orang-orang Melayu bagi beliau pelik (strange) dan tidak banyak meriahnya.
Orang Melayu gelap kultinya (dark brown) dengan dahi yang rendah dan mata (biji) yang gelap. Mereka punya tulang rahang yang tinggi hidung yang penyet dan lubangnya luas manakala mulutnya luas dan bibirnya tebal.
Rambut mereka hitam, lurus dan berkilau, wanitanya rambut bersanggul di belakang kepala.
Lelaki Melayu beliau perhatikan:
Lelaki Melayu tidak banyak minta bekerja dibidang lain selain ke laut (nelayan) atau memburu dan jika mereka mempunyai tanah sawah, mereka mengusahakan bendang padi. Mereka (lelaki Melayu) dikatakan pendiam (quiet) pemarah, cemburu, sangat bersyak wasangka (suspicious) dan ada yang mengatakan kuat memberontak namun taksub sebagai seorang Muslim.
Lelaki Melayu mengenakan kain sarung yang tidak panjang melebihi lututnya (barangkali beliau maksudkan kain samping) yang dikenakan bersekali dengan seluar (panjang) yang longgar. Baju mereka bagaikan jaket tangan pendek, yang dibikin cantik (beautifully made) dan sering dihias cantik dengan kerja jarum yang halus. Bajunya punya butang kecil di setiap bahagian (dada). Malah beliau pernah perhatikan seorang lelaki Melayu mengenakan 20 buah butang masing-masing merupakan batu permata. Pakaian mereka dilengkapkan dengan serban atau saputangan merah yang diikat keliling kepala mereka.
Manakala wanita Melayu pula:
Kecil tubuhnya, memlihara kemas rumah mereka, menganyam tikar dan bakul dari jerami dan dedaun nipah. Pakaian mereka dari kain kapas atau sutera (menyelubungi diri) dari buku lali sehinggalah kerongkong.
Menurut Isabella orang Melayu bukannya liar (savages) kerana mereka punya peradaban dan tamadun sendiri dan sistem perundangan mereka diceduk dari al Quran.
Disinilah bagi saya sesuatu yang menarik. Isbaella mengakui bahawa orang Melayu mengamalkan ajaran al Quran di Melaka 132 tahun lalu. Beliau menulis:
They are really ruled by the law of the Koran and except when the Imaum (Imam), who interprets the law, decides ( which is very rarely the case) contrary to equity, the British magistrate confirms his decision. Infact Mohammedan law and custom rule in civil cases and the Imaum of the mosque assists the judge with his advice. (pg 135-136)
Cuma yang tidak pasti adakah hukum syarak itu dilaksanakan secara keseluruhan atau bagaimana. Yang jelasnya tiada undang-undang bertulis sebagaimana enakmen syariha hari ini kerana hukum ditafsir terus oleh para Imam.
Mungkin aspek ini perlu dikaji dan didalami. Jika Inggeris ketika itu boleh menghormati amalan anak jajah dalam melaksanakan hukum Islam, mengapa tidak kita hari ini?
No comments:
Post a Comment