Begitu telitinya agama Islam sehingga memilih antara kiri dan kanan pun sudah ditetapkan. Islam mengajar kita agar mendahulukan yang kanan. Makan kita makan dengan tangan kanan, melangkah ke tempat-tempat yang mulia dan baik juga dengan yang kanan, berwuduk dimulakan dengan anggota kanan dan begitulah yang lain-lain.
Rasulullah s.a.w menurut riwayat Bukhari dan Muslim menyukai mendahulukan yang kanan dalam apa sahaja aktiviti dan kegiatan Baginda.
Di dalam al Aquran juga ada disebut berkenaan golongan “Ashabul Yamin” yakni golongan yang di Hari Akhirat akan menerima kitab amalannya melalui tangan kanan. Golongan ini dyterangkan merupakan orangf-orang soleh, abrar atau golongan muflihun.
Saya sengaja membangkitkan isu “kanan” ini kerana tertarik dengan satu artikel yang saya baca baru-baru ini. Ketika cuti berhari raya saya sempat menelaah majalah Readers Digest edisi UK. Oleh kerana kebetulan kita berada dalam suasana menyambut ulangtahun ke 10 Peristiwa Hitam September 11maka majalah berkenaan memuatkan satu artikel “How 9/11 changed me”.
Ia mengisahkan pengalaman beberapa orang yang berada di WTC ketika hari kejadian, bagaimana mereka menghadapi suasana cemas itu dan apa pengajaran yang mereka perolehi.
Salah seorang mangsa adalah Jose Salgado, 49 tahun berbangsa Sepanyol. Ketika hari kejadian Jose bekerja di First Union Bank yang berada di tingkat 47 Menara Utara WTC.
Banyaklah yang Jose kongsi dengan pembaca. Yang menarik perhatian saya adalah apabila beliau menceritakan ketika bergegas turun dan sampai ketingkat bawah terdapat dua lorong keluar satu di kiri dan satu lagi dikanan. Beliau dan rakan-rakannya terpaksa membuat pilihan. Sebahagian rakan-rakannya memilih kiri, beliau pilih kanan.
Beliau hidup dan sampai keluar malangnya mereka yang memilih kiri semuanya terkorban. Dipenghujung komennya Jose mengatakan:
“Every time I have to decide which way to go, I turn right”
(Setiap kali saya terpaksa membuat pilihan ke mana mahu pergi, saya pusing (memilih) kanan.........subhanallah!)
No comments:
Post a Comment