Pihak polis mengeluarkan amaran keras akan menggempur kafe siber seluruh Negara yang mnejalankan aktiviti perjudia. Syabas, memang rakyat menunggu-nunggu tindakan keras ini. Berapa ramai anak-anak, suami-suami dan terkadang isteri, kawan dan saudara-mara yang ketagih berjudi di premis ini yang menyamar sebagai kafe siber ini.
Tetapi saya kesal membaca kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara yang mengingatkan pihak PBT agar mengawal pengeluaran lesen premis berkenaan.
Dari sudut prosedur saya rasa kenyataan Timbalan KPN itu tidak berasas. Kerana semua permohonan pusat hiburan termasuklah kafe siber memang diajukan kepada PBT untuk mendapatkan lesen. Namun sebelum memutuskan pengeluaran lesen adalah menjadi amalan PBT mendapatkan komen pihak polis terlebih dahulu samada ada atau tiada halangan.
Jika pihak polis keberatan, keluarkan sahaja larangan “blanket” jangan lagi beri komen bermakna PBT tidak lagi akan keluarkan lesen.
Sebenarnya masalahnya adalah dua, pertama penyalahgunaan lesen. Dalam hal ini pihak PBT sekadar boleh menyita premis, tetapi seringkali samseng yang melanggar undang-undang ini akan membuka kembali premis mereka, samseng bukan berlawan dengan PBT, pihak polis lah ada kuasa menangkap dan menahan mereka.
Keduanya premis yang tidak berlesen, ini lebih besar samseng yang dibelakangnya. Tanpa mengindahkan undang-undang dan peraturan mereka berani beroperasi tanpa lesen. Ini juga tiada kuasa berkesan yang ada pada PBT kecuali polis. Mereka ini penjenayah kerana menganjurkan perjudian, lawan mereka pihak polis.
Kesimpulannya ayuh kita bersungguh membenteras judi siber ini yang merosakkan masyarakat dan jika tidak dibenteras bakal menjahanamkan Negara dan jenerasi mendatang. Pihak polis wajar ke hadapan, rasuah akan menjadi penghalang utama kerana samseng-samseng ini sudah pasti berupaya menyogok, lalu semua pihak perlu berani dan bersungguh bertekad menyelamatkan bangsa dan Negara dari makhluk perosak ini.
No comments:
Post a Comment