Sebuah akhbar tempatan menganjurkan suatu forum bagi mendidik para pengguna agar mempertahankan poket masing-masing khasnya dalam keadaan kenaikan kos hidup yang semakin mendadak kebelakangan ini.
Antara penemuannya adalah terdapat dua kelemahan masyarakat pengguna yang menyumbang kepada kesusahan hidup dalam suasana kos hidup yang meningkat ini. Pertama adalah sikap berbelanja boros dan keduanya pengurusan kewangan peribadi yang lemah.
Menurut angka seramai 41 orang individu diisytiharkan bankrap atau muflis setiap hari di Malaysia dan kebanyakkan kerana hutang kad kredit!
Saya yakin ramai yang bimbang apabila membaca maklumat yang diperolehi dari forum berkenaan, malangnya kita memang lemah dan sentiasa mendedahkan diri kita kepada dugaan-dugaan ini.
Allah swt berfirman maksudnya:
"Sesungguhnya orang-orang yang melakukan pembaziran-Mu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya." (Surah al-Isra':27)
: "...dan makanlah serta minumlah dan jangan pula kamu berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak suka orang-orang yang berlebih-lebihan." (Surah al-A'raf:3 1)
Nasihatlah diri kita sendiri, kaum keluarga dan rakan-rakan, boleh?
No comments:
Post a Comment