Sunday, September 18, 2011

Antara kibarkan dan tidak..........

Saya terpanggil untuk mengulas isu seorang wakil rakyat yang ymenyatakan “malu” mengibarkan Jalur Gemilang. Beliau malah mahu mencadangkan agar bendera Negara ditukar rupanya. Wakil rakyat berkenaan kemudiannya menarik balik dan memohon maaf atas kenyataan beliau itu.

Saya tidak berhasrat mengkritik beliau cuma mahu mengulas dari perspektif lain.

Sedarkah kita bahawa bukan hanya bendera Malaysia dan Amerika Syarikat sahaja yang tampak mirip sebenarnya banyak lagi Negara jua begitu namun demikian tidak pernah kita dengar rakyatnya bangkit mahu tukar rupa bendera mereka. Seiras Jalur Gemilang sesungguhnya bukan hanya AS malah Republik Liberia di Afrika juga begitu, tidak patriotikkah rakyat Liberia?

Lihat bendera “Matahari Terbit” Jepun, tidakkah bendera Bangladesh juga mirip kecuali Bangladesh berlatarbelakang hijau sedangkan Jepun putih. Adakah rakyat Bangladesh mahu ikut Jepun?

Bagaimana pula bendera Jerman dan Belgium?

Bagaimana pula Indonesia dan Poland, tidakkah Singapura juga berjalur merah putih? Singapura dipengaruhi Indonesia atau sebaliknya atau Poland, bagaimana ya?

Sehubungan itu tahukah anda pengaruh “Sang Saka Merah Putih”, simbol perjuangan menuntut kebebasan dan pemerintahan sendiri atau kemerdekaan yang popular dizaman 40an. Kerana itu warna merah putih ini menjadi warna bendera Republik Indonesia, ia juga panji-panji PKMM atau parti kiri Melayu sebelum UMNO (yang diharamkan oleh British) dan kemudiannya dicadangkan oleh rombongna PKMM sebagai bendera UMNO dalam satu persidangan yang turut dihadiri Allahyarham Ahmad Boestamam. Malah bukan hanya Umno, PAS yang lahir diera itu turut menjadikan merah putih sebagai warna bendera asalnya hasil semangat perjuangan ini.

Sesungguhnya masing-masing ada asal-usul sejarahnya tersendiri dan tiada satu Negara berdaulat atau merdeka mahu meniru mana-mana bendera Negara lain. Bendera maing-masing adalah kebangaan masing-masing dan tidak sebaliknya.

Sudah lebih 54 tahun kita merayakan ulangtahun hari kemerdekaan Negara, 1963 melalui Malaysia, dan inilah bendera yang kita kibarkan tanpa mengira perbezaan politik, kaum atau sebagainya. Dan sebagai tambahan tahukah anda “pengganas” kominis di hutan dahulu pun sama-sama merayakan Hari Kebangsaan tanggal 31 Ogos, sila rujuk “Memoir Shamsiah Fakeh” muka 88:

“Mneurut buku-buku yang ditulis oleh bekas pemimpin Rejimen ke 10 yang dapat kami baca ada mengatakan yang para pejuang di hutan setiap tahun merayakan Hari Kebangsaan 31 Ogos secara besar-besaran.”

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia.

3 comments:

Anonymous said...

Bagi saya semua tu tandanya manusia (otak) serba lemah. Nak reka bendera pun dah tak de modal, bentuk dan warna pun dah tak mampu memikirkannya. Jadi janganlah bongkak.

is150 said...

terima kasih di atas kupasan mngenai bendera ini. Sangat memberi manafaat kepada umum penulisan seperti ini.

roslan sms said...

Maaf "caption" terakhir dalam gambarajah di atas sepatutnya berbunyi: "antara Indonesia, Singapura dan Poland......bukannya Antara Liberia, Amerika Syarikat dan Malaysia.

Terima kasih