Tuesday, September 20, 2011

Angin perubahan dalam mahkamah

Saya masih teringat membaca berita ini dalam akhbar The Star ketika berada dalam tingkatan tiga pada tahun 1978 dahulu. Kebetulan hari ini bersempena ulangtahunnya yang ke 40 akhbar berkenaan menerbitkan kembali berita yang sama.

Tajuknya:

Judge springs “no wig” surprise and no bowing too (Hakim membuat kejutan tanpa menggunakan “wig” (rambut palsu tradisi hakim-hakim Biritish) dan tiada lagi tunduk hormat)

Ianya mengisahkan tentang Hakim Mahkamah Tinggi ketika itu Datuk Hashim Yeop Abdullah Sani (kemudiannya bersara sebagai Tan Sri Ketua Hakim Malaya) yang pada pagi Isnin 24 Mei 1978 telah masuk ke Mahkamah Tinggi Ipoh bersongkok tanpa “wig” atau rambut palsu tradisi yang digunakan oleh hakim-hakim di Malaysia mengikuti tradisi hakim-hakim Inggeris.

Pada pafi itu sebelum mahkamah bersidang Allahyarham telah membacakan kenyataan berbunyi:

I will dispense with my wig as of today (Saya tidak lagi akan menggunakan “wig” mulai hari ini)

It has been on my religious conscience for quite a while and I can no longer bear the sin as it is “haram” for a Muslim to wear a wig. (Telah lama pegangan agama saya memanggil saya dan kini saya tidak lagi sanggup memikul dosa kerana adalah haram bagi seorang Muslin mengenakan rambut plasu)

The authority is found in a hadis sahih by Imam Bukhari, from Aisyah, Asma’, Ibnu Mas’ud, Ibnu Umar and Abu Hurairah. The Holy Prophet is known to have made censures on this point on at least two separate occasions. (Nasnya boleh diperolehi dari hadis sahih oleh Imam Bukhari, Aisyah, Asma’, Ibnu Mas’ud, Ibnu Umar dan Abu Hurairah. Rasulullah saw diriwayatkan pernah dua kali membuat larangan berkenaan perkara ini dalam dua majlis berasingan.)

Beliau menambah dalam kenyataannya bahawa mulai hari itu tiada lagi perlu tunduk hormat dalam mahkamahnya, kata beliau:

You may say you are bowing to the Bench, but the trouble is I am sitting on it and I don’t like to be bowed at. (Anda mungkin berkata bahawa anda tunduk hormat pada kerusi hakim (kerana menghormatinya) masalahnya saya yang duduk di atasnya dan saya tidak suka ditunduk hormat begitu.)

Let us everyone of us instead bow to your own God and our society will be a better society to live in. (Marilah kita semua sebaliknya tunduk pada Tuhan masing-masing, dengan itu masyarakat kita akan menjadi lebih baik buat semua)

Sesungguhnya ketika itu Allahyarham lah merupakan Hakim Muslim pertama yang memberikan pendirian dan pandangan agama dalam mahkmahnya. Beliau telah membangkitkan keberanian buat hakim-hakim lain yang kemudiannya tiada lagi tajut atau segan untuk menerapkan fahaman dan pegangan agama khasnya Islam dalam tingkah-laku dan keputusan masing-masing.

Kalau kita perhatikan sekarang hakim-hakim telah lebih berani dari tahun 1978 sila lihat gambar di bawah:

Cuma yang terkilan berkenaan Allahyarham adalah penglibatan beliau dalam kes pemecatan Tun Sallah Abbas sebagaimana terkandung dalam buku “Mayday for Justice” yang mengisahkan kejadian disebalik pemecatan Tun Salleh dan beberapa hakim lain ketika itu.

Mungkin “religious conscience” nya tidak terdetik ketika itu, wallahualam. Apa pun kita sedekahkan al fatihah buat roh Allahyarham.

No comments: