Bajet 2012 akan dibentangkan pada 7hb Oktober 2011 ini oleh Menteri Kewangan yang juga PM untuk kelulusan Parlimen.. Bajet seperti biasa akan menggariskan dasar fiskal Negara mendedahkan anggaran pendapatan dan perbelanjaan kerajaan bagi seluruh tahun 2012.
Diperingkat ini selain menunggu pembentangan bajet berkenaan banyak pihak telah turut menyuarakan pandangan dan tuntutan masing-masing. Terbaru pihak CUEPACS menuntut bonus 2 bulan gaji untuk kakitangan awam serta pengstrukturan semula tanggagaji kakaitangan awam. Dengan kos hidup yang semakin mendadak naik sudah pastilah rayuan mereka perlu diberi pertimbangan.
Selain kakitangan awam pihak kerajaan perlu juga melihat nasib para pesara kerajaan. Dengan kos hidup yang meningkat itu bukan hanya kehidupan kakitangan kerajaan dan pekerja swasta terlibat saya pasti lebih-lebih lagi mereka yang telah bersara yang tiada lagi hubungan penggantungan hidup selain berharap pada pencen bulanan mereka. Sedihnya ada yang menerima pencen bulanan di bawah RM500!
Biarlah kita dahulukan nasib dan kebajikan rakyat dari kita mendahulukan kemegahan infra . Apa guna kita mengah dengan bangunan yang mencakar langit, sistem pengangkutan yang sleaju angin sedangkan rakyat hidup sengsara.
Selain tuntutan berkenaan baru-baru ini sebuah akhbar tempatan mendedahkan darihal tuntutan syarikat pengilangan rokok. Mereka ini yang kesemua syarikatnya tersenarai dalam bursa saham Malaysia menuntut agar kerajaan tidak lagi menaikkan cukai ke atas mereka dalam bajet ini.
Dalam hal ini saya berharap jangan pula tuntutan mereka ini yang masuk ke telinga kerajaan tetapi rakyat dikebelakangkan.
“Sin taxes” atau cukai kemungkaran adalah istilah yang digunakan terhadap cukai ke atas industri rokok, arak dan perjudian selain pusat-pusat hiburan. Dalam keadaan gawat dan sempit sebegini sepatutnya mereka yang terlibat dalam industri yang merosakkan kesihatan dan akhlak rakyat ini lah yang diperas dan ditekan.
Biar naik harga rokok, harga arak dan naik cukai perjudian serta kelab-kelab malam dari naik harga barangan ruji yang digunakan rakyat. Saya difahamkan cukai ke atas perjudian telah lama didiamkan tanpa naik-naik, tekanan seharusnya dibuat agar mereka ini jangan dibiarkan gembira meraih untung atas kesusahan rakyat.
Tunggulah bajet ini nanti.
No comments:
Post a Comment