Friday, September 30, 2011

Terlaksanalah hudud di Kelantan

Hudud di Kelantan. Terbaru keputusan pihak Pakatan Rakyat pun telah diketahui.

Yang jelas MB Kelantan semalam berterima kasih dan bersyukur di atas laluan yang diberikan oleh pimpinan PR terutama kerana menghormati hasrta rakyat negeri Kelantan.

Hari ini dalam akhbar The Star lanjutan kenyataan Tok Guru itu Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan yang juga EXCO negeri Ustaz Dato Mohd Amar Nik Abdullah menyatakan:

We thank DAP and PKR for respecting our ideology

(Kami berterima kasih kepada DAP dan PKR kerana menghormati ideology kami)

Menurut Mohd Amar kerajaan negeri akan meneruskan rancangan untuk melaksanakan hukum berkenaan dengan mengambil kira situasi semasa.

Dengan perkembangan ini ternyatalah undang-undang yang telah diluluskan oleh kerajaan negeri Kelantan itu lebih 20 tahun lalu serta mendapat perkenan Tuanku Sultan akan terus dilaksana sekaligus menolak tohmahan sesetengah pihak bahawa hasrat rakyat Kelantan itu telah digagalkan atau ditolak.

Ini bukan hudud PAS atau bikinan orang politik, ini hukum Islam yang diluluskan oleh rakyat Kelantan melalui suara wakil mereka di Dewan Undangan Negeri yang ketika itu diwakili PAS dan Umno untuk diguna pakai di negeri berkenaan. Sewajarnya perlaksanaan ini disokong oleh semua umat Islam tanpa mengira fahaman politik.

Semoga segalanya berjalan lancar demi Islam.

No comments: