Saturday, August 14, 2004

Ketua UMNO cemerlang sapu tanah rakyat

Akhbar The Sun hari ini dalam ruangan "Citizen Nades" melaporkan betapa Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan Kapten Zahar Hashim yang juga ahli Majlis Perbandaran Petaling Jaya telah dikurniakan tanah seluas 6.114 ekar di Taman Desaria dalam Daerah Petaling oleh kerajaan negeri. Tanah yang sepatutnya diperuntukkan untuk pembinaan Sekolah Agama dan substation TNB itu telah diberikan kepada syarikat milik keluarga beliau iaitu Mentari Properties Sdn. Bhd. Tidak cukup dengan pemberian yang sangat diragukan itu Mentari telah cuma dikenakan premium sebanyak RM3,753.00 iaitu suatu harga yang langsung tidak masuk akal.

Harga pasaran tanah disekitar kawasan tersebut mencecah RM2juta ke RM3juta seekar tetapi Ketua UMNO ini cuma membayar sekitar RM3,000 untuk 6 ekar lebih.......aduhai cemerlang, gemilang, terbilang sungguh kerajaan negeri Selangor, Pejabat Daerah Petaling dan Ketua UMNO ini.

Sedangkan dalam waktu yang sama rakyat jelata khususnya orang Melayu yang kurang mampu di Desa Hormat sehinggalah Kg. Penaga (sekitar Taman Desaria) yang tinggal dalam rumah setinggan telah dihalau keluar dari rumah mereka tanpa perikemanusiaan. Mereka ini bukan minta untuk tinggal dalam keadaan demikian, namun terdesak lantaran kemampuan hidup. Tiba-tiba yang mampu dan dah kaya raya macam Kapten Zahar terus menipu dan membolot kekayaan pada kadar murah untuk terus hidup bersenang-lenang, peduli apa rakyat susah asalkan aku, isteriku, anak-anakku selesa dan kaya-raya.

Nak geleng kepala buat apa lagi wahai sahabat ku sekalian terutama yang menganggotai UMNO. Penatlah Tuan-tuan kesana-kemari menjaja pemimpin jenis ini tapi yang kaya mereka sedangkan Tuan-tuan sekadar dijamu secawan kopi dibekal duit RM50 dibawa melawat ke Putrajaya, ke Hadyai.........itu pun bila perlu. Cukup bulan Tuan-tuan garu kepala kerut dahi nak bayar bil itu dan ini, tuisyen anak, hutang kereta, loan rumah - pemimpin Tuan-tuan goyang kaki ketawa besar, terima kasih Malaysia!

Sebahagian petikan artikel dari The Sun:

With a stroke of a pen, and perhaps a bit of influence peddling, the land ended up in the possession of a company owned and controlled by a former state assemblyman and a current Petaling Jaya Municipal Council (MPPJ) member and his family.

The Selangor government alienated the land to Mentari Properties Sdn Bhd for a song -- RM2,000. Throw in the extras -- quit rent and documentation and for a grand total of RM3,750, the area measuring 6.114 acres or RM613.35 per acre to be exact, changed hands.
The market price, we have been reliably told is anything between RM50 to RM70 per sq ft or between RM2,178,000 and RM3,049,200 per acre.


So, how come land has changed hands for a price every ordinary citizen dreams of? Still can't come to terms with the sale price? Surprised?

1 comment:

Anonymous said...

Say what U like the rakyat still vote BN!!