Wednesday, August 18, 2004

47 tahun Merdeka: Melayu dari mana nak ke mana

31 Ogos ini dah 47 tahun Persekutuan Tanah Melayu yang kemudiannya dikenali sebagai Malaya dan kini Malaysia telah merdeka. Pada usia tersebut kalaulah Malaysia diumpamakan sebagai manusia, pasti ia telah matang malah pada usia itu ada yang dah menimang cucu!

Umum menerima bahawa sesungguhnya bangsa yang menjadi tulang belakang kepada negara ini adalah bangsa Melayu, walaupun kini ada pihak yang mula membicarakan pembikinan bangsa Malaysia. Bangsa Melayu yang rata-rata beragama Islam telah jauh bergerak dalam susur-galur peradaban bangsanya, bangsa yang negaranya kini telah 47 tahun merdeka.

Di manakah letaknya bangsa Melayu sekarang, kalau nak dibandingkan dengan yang lain-lain?

Hakikatnya kalau kita lihat bangsa kita dari perspektif umum kita masih jauh kebelakang walaupun telah merdeka hampir 47 tahun. Walaupun PM bangsa Melayu, orang Melayu yang teramai dalam kabinet Malaysia, bilangan ahli Parlimen dan ADUN Melayu masih yang teramai (walaupun semakin mengecil) namun kita ketinggalan serba-serbi.

Bangsa Cina warganegara Malaysia asalnya datang ke sini dari Tanah Besar China untuk mencari rezeki bagi di bawa pulang ke negara asal. Mereka bekerja di lombong-lombong bijih dan kemudiannya menjalankan perniagaan kecil-kecilan dan berkebun ladang. Apabila melihatkan negara ini aman, dan budaya anak negerinya begitu terbuka dan menerima baik orang luar, maka mereka beransur-ansur menetap di sini. Akhirnya mereka diberikan kewarganegaraan dan kini merupakan tenaga ekonomi yang terbesar dalam negara, jauh meninggalkan bangsa asal iaitu bagsa Melayu. Malah ada diantara mereka tersenarai sebagai tokoh terkaya diperingkat dunia, ada yang memiliki bank, bangunan pencakar langit dan seumpamanya.

Demikian juga bangsa India yang dibawa datang dari Benua kecil India oleh penjajah Inggeris sebagai buruh di ladang-ladang getah satu ketika dahulu. Mereka selesa berada di sini dan sebagaimana bangsa Cina kemudiannya diberikan kewarganegaraan dan kini menetap terus di sini. Hari ini mereka bukan lagi berada di ladang-ladang, hari ini mereka merupakan jutawan korporat, peniaga, pembekal, pengangkut, pensyarah malah ada yang menjadi Menteri, Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen, ahli EXCO dan sebagainya.

Namun bangsa Melayu yang dulunya mengalu-alukan kedatangan pekerja lombong dari China dan buruh estet dari India kini masih tinggal di tanah kampong yang sama. Lebih parah lagi, tanah kampong sekangkang kera kalau ada kebun durian dan buah-buahan habis dipajak kepada mereka, tanah sawah pun demikian, duit tak cukup digadai pula harta kepada mereka. Bangsa Melayu sekadar terpegun dan kagum melihat kemajuan bangsa yang asalnya pendatang. Malah anak-anak orang Melayu sekarang ini pula terpaksa makan gaji di syarikat-syarikat dan perniagaan bangsa ini, dari pengurus, penyelia, kerani, pekerja kilang, drebar dan tukang sapu serta tukang kebun.

Perlukah kita bimbang melihat trend ini? Atau sekadar berpeluk-tubuh macam soldadu yang mengawal si Luncai, sekadar melolong, “Biarkan-biarkan……”

Kalau kita merasa bimbang lalu apakah tindakan kita?

INI BUKAN NAK MENGADU-DOMBA SESAMA KAUM DAN MENCETUSKAN KETEGANGAN YANG TIDAK BERFAEDAH, TIDAK! KITA NAK LIHAT APA YANG SEHARUSNYA KITA BANGSA MELAYU LAKUKAN, DALAM KAEDAH YANG PENUH BERTAMADUN DAN MENJUNJUNG UNDANG-UNDANG, BAGI MENANGANI KEMELUT INI.

Hakikat ini berlaku dan akan terus berlaku didepan mata kita. Wajar sangat kita memikirkannya, wajar sangat kita mencari formula yang sesuai setelah Dasar Ekonomi Baru yang sepatutnya meletakkan bangsa Melayu ke tempat asalnya layu begitu sahaja. Agaknya para perwakilan ke Perhimpunan Agung UMNO pada bulan September ini mahukah membicarakan isu ini? Bukankah UMNO parti Melayu terbesar yang sewajarnya membela dan mempertahankan nasib bangsa? Atau barangkali agenda pemilihan pucuk pimpinan lebih penting, agenda memastikan calon ini dan calon itu menang lebih utama?

(BERSAMBUNG)

No comments: