Parti Melayu terbesar di Malaysia iaitu UMNO dan PAS akan bertempur lagi untuk mendapatkan undi rakyat, kali ini di DUN Kuala Berang dalam daerah Hulu Terengganu. DUN ini mempunyai 11,430 orang pengundi berdaftar dan hampir 99% daripadanya adalah orang Melayu. Sejak tahun 1999 pengundi Kuala Berang pernah memenangkan calon PAS sekali dan pada bulan Mac lalu dimenangkan pula calon UMNO. Kemana arahnya sokongan penduduk Melayu Islam Kuala Berang kali ini?
Kuala Berang merupakan bumi bersejarah khususnya apabila membicarakan kedatangan Islam ke Tanah Melayu. Pada tahun 1923 di kawasan Padang Tara, Sungai Tara Kampung Buloh di sini sebuah batu bersurat telah dijumpai oleh seorang peniaga di Surua ampung Buloh. Batu itu kemudian telah dipersembahkan kepada Almarhum Sultan Terengganu dan ditempatkan di Bukit Puteri. Kesudahannya didapati bahawa tulisan jawi yang dipahat di atas batu tersebut memuatkan hukum dan peraturan Islam yang dipercayai telah dilaksanakan di negeri Terengganu satu ketika dahulu. Usia tulisan di atas batu tersebut kira-kira 723 tahun iatu berasal pada tahun 702 Hijrah bersamaan tahun masehi 1281.
Kini di bumi Kuala Berang Melayu sesama Melayu bertempur dalam perang demokrasi untuk memilih pemimpin. Lalu pemimpin jenis manakah yang perlu dipimpin, sudah pasti keputusannya terletak atas masing-masing pengundi. Atas semangat batu bersurat ini mudah-mudahan pengundi Kuala Berang mahu kembali sepenuhnya kepada Islam sebagaimana pernah satu ketika dahulu kira-kira 723 tahun yang lampau.
Antara yang dipahat pada Batu Bersurat Kuala Berang adalah:
"Di Benuaku ini penentu agama RasululLah sallalLahi wassalama raja."
Maksudnya:
"Di atas dunia ini yang memimpin agama selaku ketua dan ikutan adalah Rasulullah s.a.w"
Wallahualam.
No comments:
Post a Comment