Selalu sangat kita dengar ahli agama, para ulamak, gerakan dan NGO Islam membuat bantahan darihal program-program realiti TV yang semakin manjadi-jadi sejak akhir-akhir ini. Para peserta berpelukan, meluahkan emosi secara terbuka dan demikian juga para penontonnya dalam program yang diciplak dari Barat. Segala batasan agama dilanggar tanpa peduli.
Hari ini akhbar Utusan Malaysia melaporkan seorang ADUN Umno dari Inderapura, Pahang turut melahirkan concern beliau. Katanya:
"Sikap fanatik penonton AF ini sehingga menangis kerana melihat peserta kesayangan mereka tersingkir tidak sewajarnya berlaku kerana program ini hanya merupakan sebuah rancangan hiburan dan tidak ada faedahnya mereka berbuat demikian"
"Saya cukup khuatir dengan generasi muda kita yang banyak sangat berhibur sehingga mereka lupa tanggungjawab mereka terhadap negara"
Dalam ruangan "Bisik-bisik" akhbar yang sama "Awang Selamat" menulis:
"Manusia biasanya menangis bila mereka terlalu sedih. Tapi manusia juga menangis bila mereka terlalu gembira. Bila manusia menangis kerana peserta kegemaran mereka tersingkir daripada rancangan Akademi Fantasia, Awang garu kepala. Perlukah menangis?"
Nampaknya ramai pihak semakin mula sedar akan malapetaka yang dibawa oleh program seumpama ini.
Kepada YB Umno dan Awang Selamat - kenapa orang Melayu/Islam tidak menangis kerana tertinggal solat, kerana tak pergi solat Jumaat, tak kan nak garu kepala saja......
No comments:
Post a Comment