Akhbar The Star hari ini melaporkan kejayaan Konsert Sure Heboh anjuran TV3 di Stadium Bukit Jalil baru-baru ini. Di bawah tajuk “TV3 planning grander show” ia melaporkan:
"TV3’s Sure Heboh carnival will be even bigger and better next year following huge support from the people. Despite a statement by a religious official that the show was haram (forbidden), more than two million people thronged Bukit Jalil Stadium in Kuala Lumpur on Sunday to see the culmination of the Sure Heboh series."
Apa yang anda boleh simpulkan dari petikan di atas?
Bermakna walaupun Majlis Mufti-mufti sebagaimana yang diumumkan oleh Mufti Perak Dato’ Harussani Zakaria, menetapkan bahwa konsert ini adalah haram dari segi syarak namun kehadiran 2 juta pengunjung Ahad lalu sekaligus membuktikan rakyat khususnya masyarakat Melayu yang beragama Islam berpandangan sebaliknya. Ini menunjukkan yang pandangan ahli agama bertaraf Mufti sudah tidak punya pengaruh lagi dan akhbar The Star yang diterajui oleh bukan Islam jelas mahu mensasikan isu ini.
Namun, demikianlah hakikatnya penerimaan sebahagian besar masyarakat Islam dalam isu yang membabitkan kepentingan dan sensitiviti agama. Saya tidak tahu apa bahasa yang mahu digunakan namun saya kira tidak keterlaluanlah kalau dikatakan bahawa CEO TV3 BIADAP apabila berkata:
(Asked to comment on Dr. Harussani’s statement……….) “I am quite amazed at the statement. We would like to invite these people to come and see what the carnival is all about.”
Perkataan “amazed” yang digunakan jelas mempersenda ketokohan, ilmu dan kemampuan mufti-mufti kita. Sejahil-jahil umat Islam tetapi apabila telah sampai keperingkat tergamak memperlekehkan pandangan dan pendirian pakar agama bertaraf mufti, sudah pasti sikap ini telah terlalu jauh menyimpang.
Bayangkan apa pandangan masyarakat bukan Islam dalam hal ini? Islam sekarang sudah melalui tranformasi ekstrem sehingga boleh dipersenda dan ditolak oleh sesama umat Islam sendiri. Islam sudah hilang kehebatan dan kesuciannya, kerana umat Islam sendiri sudah tidak mementingkannya.
Harussani sebagaimana dipetik oleh Berita Harian dan Utusan Malaysia hari ini meyatakan:
“Adalah disyorkan karnival itu dihentikan sebagai merealisasikan konsep negara Islam Hadhari. Ini bukan masalah emosi tetapi kehormatan agama dan maruah bangsa.”
Masih ada hargakah lagi agama dan maruah bangsa pada hari ini?

1 comment:
Kita janganlah terkejut dengan maklumbalas daripada TV3 ataupun perhatian yang diberikan oleh The Star. Kalau orang Islam yang berkuasa sekarang ni pun mengiakan 'Konsert Sure Heboh' (ingat balik kepada komen Kadir Sheikh Fadzir), maka tentulah perkara-perkara maksiat akan diteruskan lagi.
Agama bukan lagi isu penting untuk masyarakat Melayu sekarang ni. Yang penting duit dan hiburan aje. Tapi ini semua padah sendiri - you reap what you sow, you get what you deserve. Kalau orang ramai dah undi BN dengan Islam Hadharinya, maka itulah yang mereka akan terima nanti.
Masalahnya tidak ada sebab yang jelas untuk orang nak berbalik kpd agama. Buat apa beb? Paling kurang aku boleh seronok2 dgn Akademi Fantasia, Sure Heboh, SMS Judi, Gaya Hidup Hotlink etc....
Post a Comment