Friday, August 06, 2004

Tok Guru Nik Aziz pemimpin perintis toleransi beragama

Islam tidak pernah menghalang penganut agama lain mengamalkan kepercayaan masing-masing dengan syarat mereka tidak bertindak memalingkan akidah umat Islam yang ada. Rasulullah saw telah memberikan tauladan terbaik dalam hal ini untuk diamalkan oleh para pengikutnya. Rasulullah saw berdailog dengan paderi Kristian, menghormati mayat Yahudi, menghalang diapa-apakan rumah ibadat bukan Islam dalam peperangan sebagai bukti Islam tidak pernah berkonfrantasi dengan masyarakat bukan Islam dalam keadaan aman.

Dalam ketiadaan Rasulullah adalah menjadi tanggungjawab para ulamak untuk meneruskan amalan ini agar dapat dicontohi oleh para penganut Islam dan sekaligus membuktikan kepada yang bukan Islam akan keindahan dan keterbukaan Islam.

Satu ketika dahulu kita tidak pernah melihat ada ulamak merayakan Tahun Baru Cina, akan tetapi apabila Tok Guru Nik Aziz menjadi Menteri Besar beliau telah keluar meraikan perayaan masyarakat Tionghua ini dengan turut menyaksikan Tarian Singa serta bersama-sama memalu gendang Cina.

Salah satu tindakan beliau yang berani adalah pada 10 Mac 1995 apabila mengiringi Ketua Istiadat KelantanYM Tengku Feisal Ibni Al Marhum Sultan Ibrahim selaku wakil Sultan ke Wat Buddha Uttamarran, Kg. Terasek, Pasir Mas untuk upacara menyerah watikah kepada Than Chau Khun sebagai Ketua Sangkha Buddha Negeri Kelantan. Tok Guru pergi sebagai MB dalam keadaan berjibah putih dan berserban. Dalam sebuah kuliah beliau Tok Guru menyebut:

"Saya beri ucapan. Dalam ucapan tersebut saya beritahu bahawa Islam ini agam baik, agama yang tidak suka paksa orang, agama tidak suka tekan orang, agam ini bukan agama kerat tengkok orang. Saya beritahu benda macam ini depan balaisah mereka, depan sekolah mereka."

"Barang ini barang cukup molek. Saya pergi dengan keadaan serba sedar, pergi dengan serban, pergi dengan berjubah, bukan pergi dengan bersamping. Hendak beritahunya aku pergi sebagai tok guru hendak jumpa mu hai tok-tok guru Buddha. Aku hendak beritahu Islam ini baik, mu jangan takut, walaupun ada orang kata Islam ini makan orang, bunuh orang, kerat orang. Yang hendak kata itu katalah, tapi aku sebagai orang yang mengaji Islam aku hendak beritahu kepadamu benda itu tidak ada."

Tok Guru juga pernah berdailog dengan penganut Kristian dan wakil pelbagai agama dalam suasana yang penuh mesra dan tenang.

Isunya disini apabila kita bersikap demikian maka kita akan berupaya memecah benteng pemisah antara kita dan masyarakat bukan Islam. Lantas mereka akan mula selesa mendekati kita dan takala itulah apabila dilihatnya betapa indah dan terbukanya Islam itu barulah akan terdetik dihati mereka untuk menurutinya insyallah.

Penjajah Mongol yang bengis dan kejam itu akhirnya melutut menerima Islam lantaran keindahan Islam, dan di sinilah peranan ulamak itu penting dan lebih-lebih lagi kita pengamal Islam yang sejati.


No comments: