Thursday, July 16, 2009

Islam mampu memimpin perubahan di Kedah

Tidak keterlaluan jika saya sebutkan bahawa salah seorang Menteri Besar PAS yang menzahirkan kualiti kepimpinan Islam yang berjaya memikat dan menambat hati musuh dan kawan adalah Ustaz Datuk Seri Azizan Abd Razak, Pesuruhjaya PAS Kedah. Dalam tempoh setahun PAS memerintah Kedah melalui Pakatan Rakyat beliau dan anggota EXCO serta seluruh ADUN kerajaan telah berjaya mengelakkan kerajaan dari terlibat dalam sebarang kontroversi besar dan bertembung dengan mana-mana pihak secara terbuka.

Hubungan beliau dengan kakitangan kerajaan adalah baik dan malah begitu juga dengan Istana Kedah. Jika pun ada konflik-konflik kecil, ia berjaya diurus dengan bijak tanpa menjejaskan keyakinan dan kepercayaan rakyat dan para pelabur.





Hari ini akhbar tempatan memaparkan kejayaan beliau merealisasikan menjadi Kedah sebuah negeri yang membangun. Beliau berjaya juga menegakkan sebuah projek mega di Kedah. Walaupun projek mega penyaringan minyak (oil refinery) di Yan, Kedah ini menghadapi pelbagai tentangan dan cabaran sehingga ada yang menjangkakan ia bakal gagal, Ustaz Azizan berjaya membuktikan sebaliknya.

Pendekatan beliau yang berhemah dan berbaik dengan semua demi kepentingan rakyat dan negeri akhirnya memungkinkan projek RM36 billion ini, iaitu yang terbesar dalam negara menjelang 2014 kini menjadi nyata.

Projek yang dikendalikan oleh Merapoh Resources Corporation ini bakal menyaksikan pembinaan sebuah pusat penyaringan dan penapisan minyak di kawasan seluas 950 ekar di Yan, Kedah. Melaui projek ini nanti syarikat pengendalinya akan mengimpot minyak mentah dari Timur Tengah yang akan diporoses di sini untuk kemudiannya di ekspot ke pasaran China dan lain-lain negara di Asia.

Ia dijangka menghasilkan 350,000 tong minyak sehari.

Projek ini kelak akan menyaksikan Merapoh menawarkan 30% daripada kontrek binaannya kepada kontraktor tempatan. Ian anti bila siap akan memberikan peluang pekerjaan kepada lebih 500 jurutera dan para professional selain 1,000 kakitangan lain.

Semoga Ustaz Azizan dan sahabat-sahabat di Kedah akan berjaya dengan izin Allah, kita zahirkan kemampuan dan keunggulan kita kepada semua. Buktikan Islam mampu memimpin perubahan. Syabas!

8 comments:

Unknown said...

tahniah, memang benar DS Azizan telah memberikan satu contoh kualiti kepimpinan yg tiada pd pemimpin PAS yg lain.
Tahniah kpd MB

Anonymous said...

bergabung dgn DAP, memusihi Islam... no komen ttg artikel nie..

View Profile: Rantong™

NH Shah Alam said...

Dulu semasa zaman Almarhum Ustaz Fadhil Noor, Ustaz Azizan adalah seorang yang agak vokal dan radikal dalam PAS.

Tetapi sekarang beliau sudah banyak berubah. Demi rakyat beliau sanggup buat perubahan.

Kelantan Macam mana?


-NH Shah Alam-

ME said...

project yang sudah direncanakan oleh kerajan B dulu ... - Lembu punya susus sapi dapat nama......... Kami org yan bukan bangang weyyyyyyyy

NURSHAM-NURFATEH said...

sebelum memerintah dulu, bersungguh-sungguh tak setuju dgn projek ini.

tak sampai setahun memerintah, dia pulak setuju.

tak paham aku.

"cakap tak serupa bikin"

TAK UBAH MACAM UMNO.

dua-dua sama je...

zol dabat said...

assalamualaikum
sblom apa2 saya nak pkenaikan diri la dulu. saya anak jati kedah yg kini d prantauan.sya mula brmsafir keluaq dr kdah pd 2008, thun pas mmrintah kedah

jd apa yg pas buwat saya x berapa nak taw la sgt. minx maaf la sya tnya nie bukan nak provok, cuma kata orang kedah,"budak kanyaq" mcm saya nie saja la nak taw. projek nie bukan ka kjaan bn ngri kedah dlu yg pioneer ka?
atawpon mmg dintroduce dr awai lg oleh kjaan PR kedah?
kalaw dpioneer oleh kjaan bn lama,
bolehka kita bg pngiktirafan 100% kat ustad azizan???
sapa yg taw saya minx tolong jelaskan.

1 lg,tahniah kpd kjaan pr pas yg mrobohkan kndang babi d mergong(kg saya).skurang2nya yg bn dok snonimkan pr dgn babi tu x lain hnya srangan politik.sbb time kjaan bn mmrintah kdah sjak mrdeka, apa pon lepa x pnah bwat kat kndang babi tu.

terima kasih
assalamualaikum.....

Anonymous said...

projek ni telah dicadang pada zaman BN, atas nama ZIPY dan belum mendapat kelulusan lagi pada zaman BN. ini dek kerana ada masyarakat membantah projek terbabit.

dan sekarang, nama barunya SULIHH yang direka oleh kerajaan PAS. projek sama je, cuma tukar nama. kerajaan PAS punya kuasa untuk menolak projek ini..

dengan maksud lain. mana-mana pihak boleh membatalkan projek ini..

namun, sikap sayang kepada masyarakat dan alam sekitar makin pudar dalam jiwa YB-YB yg ada(walau tak semua). apa jua projek, LULUS.. janji kerajaan dapat duit.. tak dapat duit, nanti dituduh tak pandai memerintah pula..

INI LAH POLITIK MALAYSIA..

zol dabat said...

hurm
saya nie kurang taw la pasai alam sekitar, cuma yg saya taw mb dia x bg amik tanah bendang. dia suruh bwat kat tmpat lein.x salah sya lepa nak tambak kat tengah laut kot. wallahu`alam.....