Friday, May 01, 2009

PAS dan kempimpinannya: Meniti arus perjuangan

Adakah PAS sebuah parti yang bersifat inklusif atau eksklusif?

Adakah PAS sebuah parti yang menerima dan memperjuangkan hak dan kepentingan semua pihak atau ia eksklusif sekadar berligar dalam isu dan perkara yang melibatkan kelompok tertentu sahaja?

Nama Parti Islam Se Malaysia itu memberi konotasi seolah PAS adalah parti eksklusif untuk orang-orang Islam sahaja. Dalam hal tertentu mungkin benar kerana dari sudut keahlian PAS melalui perlembagaan partinya hanya membenarkan warga Malaysia yang beragama Islam sahaja mendaftar sebagai ahli biasa, namun PAS melalui Kelab Penyokongnya PAS memberi peluang masyarakat bukan Islam untuk turut serta dalam program dan aktiviti parti walaupun mungkin bukan sebagai ahli biasa.

Dalam erti kata lain walaupun PAS hanya boleh dianggotai oleh orang-orang Islam sahaja, namun PAS tidak menghadkan perjuangannya sekadar eksklusif buat orang-orang Islam. Ia menerima hakikat Malaysia sebagai sebuah negara majmuk yang berbilang kaum dan agama, lalu PAS terjun ke dalam kancah masyarakat untuk mengemukakan alternatif politik iaitu politik Islam sebagai formula penyemalat bangsa,agama dan negara.

Bermakna walau nampak eksklusif dalam hal keahliannya, tetapi dasar dan perjuangannya tidak ekskulif malah inklusif mencakupi semua pihak. Malah PAS menyerap masuk dan memberi pengiktirafan kepada masyarakat bukan Islam apabila ia diberi mandat oleh rakyat untuk berkuasa dalam satu-satu negeri.

Contohnya di Kelantan pimpinan masyarakat diperingkat daerah, penghulu dan seumpamanya ada yang dilantik dikalangan masyarakat bukan Islam sekaligu membuktikan ia bukan eksklusif. Di Terengganu, pindaan dibuat terhadap perlembagaan negeri sehingga membenarkan dilantik ADUN dikalangan masyarakat bukan Islam kiranya tidak ada anggota DUN dari kalangan mereka dalam satu-satu penggal dewan itu.

Masyarakat Malaysia didominasi oleh tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India selain suku kaum dari Sabah dan Sarawak. Kerana itu kita dapati parti-parti politik di sini banyak bergerak atas nama kaum lantas terbentuklah parti-parti eksklusif untuk kaum-kaum tertentu. Walaupun ada usaha untuk menggerakkan parti-parti berbilang kaum tapi lazimnya ia tetap didominasi oleh satu-satu kaum tertentu sahaja.

PAS bukan parti perkauman, kerana itu kaum-kaum bukan Melayu bebas menganggotainya sehingga ada yang telah dan sedang memain peranan besar dalam parti samada diperingkat Pusat ataupun negeri. Ada yang menjadi AJK Pusat dan EXCO kerajaan negeri umpamanya Dato’ Anuar Tan dan Ahmad Idham Lim, ADUN Perak (EXCO PAS Selangor, Dr Halimah Ali Abdullah juga dari suku kaumbukan Melayu). Cumanya syarat eksklusif menjadi ahli PAS mestilah Muslim, sebagaimana syarat ekskluif menjadi ahli parti-parti perkauman lain mestilah dari suku kaum tertentu.

Itulah PAS mungkin tampak eksklusif tetapi hakikatnya inklusif dengan beberapa “adjustments” berlainan dengan parti perkauman yang lain. Kerana itulah slogan “PAS for all” itu dilancarkan bagi menerangkan kepada seluruh masyarakat bahawa walaupun PAS ini parti Islam,tetapi perjuangannya tidak ekskulsif tetapi inklusif sebagaimana “universal” nya Islam itu sendiri.

Saya membawa posting ini sebenarnya untuk mengulas kenyataan Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Dato’ Mohamed Daud Iraqi yang terbit dalam akhbar-akhbar tempatan hari ini. Ustaz Daud dilaporkan sebagai berkata bahawa:

Bagi saya, kedua-dua jawatan tertinggi (Presiden dan Timbalan Presiden PAS) itu mesti alim ulama, siapa yang tawarkan diri tidak kira sebab masing-masing hendak naik, cuma kita orang parti ada pertimbangan sendiri. Mesti utamakan kepimpinan ulama. Nombor satu dan dua mesti ulama. Untuk jawatan lain tidak apa. Intelek atau profesional

Ini berikutan ketetapan yang dibuat oleh Dewan Ulamak PAS Pusat yang beliau anggotai bahawa dua jawatan tertinggi Pas iaitu Presiden dan Timbalan Presiden perlu disandang oleh golongan ulama yang mempunyai pendidikan formal dan berpengetahuan tinggi dalam bidang agama. Ketetapan itu dibuat bagi memastikan dasar parti untuk menubuhkan sebuah negara Islam diteruskan pada masa akan datang.

Tidakkah ini menunjukkan yang PAS itu sebenarnya parti inklusif sehinggakan Dewan Ulamaknya perlu tegaskan bahawa jawatan tertinggi nombor satu dan dua parti mestilah terdiri dari golongan ulamak?

Bagi mereka yang tidak jelas memanglah nampak begitu. Tetapi hakikatnya umum perlu memahami bahawa PAS itu parti Islam, lantas segala usahanya untuk membuka partinya buat semua sesungguhnya dikawal oleh beberapa tertib dan adab yang memberi makna kepada perjuangan Islam yang ia bawa. Memang boleh sahaja yang bukan ulamak pegang teraju PAS (pernah parti diketuai oleh seorang doktor perubatan Dr Abas Ilias selaku pemangku Presiden 1953), tiada larangan dalam perlembagaannya. Tetapi setelah parti itu menerima dasar kepimpinan ulamak sehingga melahirkan Majlis Syura dalam parti dan memperkasakan Dewan Ulamaknya maka yang dikira padan dan cocok menegpalai parti ini adalah golongan ulamak, dan ia disepakati semua.

Mungkin ada yang mahu buat perumpamaan bukankah gerakan Islam di Timur Tengah di sana-sini ada yang terdiri dari kalangan bukan ulamak, memang benar, itu di sana. Tetapi bagi PAS, demi memelihara dasar dan perjuangannya, keperluan kepada saf kepimpinan ulamak iniperlu diberi penegasan. Agenda perjuangan PAS adalah Islam, Islam laksana bahteranya, nakhodanya boleh sahaja sesiapa, tambah pula yang pakar ilmu laut, tetapi ilmu laut sahaja tidak cukup untuk membelah samudera yang bakal membawa bahtera dan anak-anak kapal ini sehingga ke akhirat. Kerana itu biarlah ia dinakhodai

Majlis Syura yang diketuai oleh Mursyidul Am, Presiden, Timbalan Presiden, tak kiralah siapa nama dan batang tubuh mereka, selaku nakhoda dan pemimpin tertinggi bahtera besar ini perlulah ulamak, dan biarlah begitu sampai bila-bila.Menang dengan mereka, kalah dengan mereka, hidup dengan mereka syahid dengan mereka. Inilah asas kekuatan kita, inilah yang mahu kita persembahkan kepada Allah swt apabila bertemu dengan Nya nanti bahawa kita kekal berjuang dalam PAS atas dasar ini.

Kecualilah kita sudah bersedia untuk mentranformasikan Parti Islam ini yang dibina dengan doa, darah dan airmata para pejuang sejak zaman berzaman, dari status quo yang sedia ada sejak penubuhannya menjadi yang lebih inklusif kerana kita merasakan yang ada ini terlalu lekeh dan tidak relevan. Saya yakin orang-orang PAS tetap sayang dan hormat pada para ulamak mereka dan tahu memilih dan menimbang bila kita perlu eksklusif dan bila kita perlu inklusif, yang penting dasar dan perjuangan kita kekal dari sini sampai ke sana nanti, insyallah.

"Selamatlah Parti Islam berjuang, membimbing ummah ke medan siyasah......"

12 comments:

Anonymous said...

Salam,
Rasanya saya bukanlah arif utk memberikan komen cuma diakui bahawa parti ini Parti Islam (PAS) dan sewajarnya dipimpin oleh orang yg benar2 memahami Islam dan hanya (bukan secara kebetulan) yang memahami Agama itu ialah ULAMA'..Prolib atau apa saja..anda selayaknya menjadi pembantu dan penonggang sahaja..anda kurang layak mendepani organisasi ini..bukan bermaksud menyindir tapi bahkan di dalam cawangan dan kawasan sekalipun sepatutnya Ulama' yg di No. 1 kan...

amirul said...

berpedomankan Al-Quran dan Sunnah,
suburlahhidupnya kan pasti berbuah,
Insya-Allah

AlHadi Tok Ayah Su (atas) said...

Salam hormat!

Cuba kita kaji kebaikan dan keburukan disebalik cadangan supaya jawatan no 1 dan jawatan no 2 dalam pas harus disandang olih ulama" dan bukannya profesional.

Apa yang kita faham,setiap ahli pas yang berugama islam tanpa mengira bangsa dibolihkan untuk menawarkan diri untuk bertanding sebarang jawatan didalam parti ini,namun dengan peraturan ini sudah pastilah terdapat satu syarat khas yang membataskan seseorang itu untuk kepucak jawatan president dan juga timbalan.

Tembak berlin telah memisah diantara para cendikiawan profesional yang berpendidikan ekedemik di oxfort universiti dengan para ilmuan agama yang berpendidikan ditimur tengah.Jika begini konsep pas for all akan dilihat tidak menyeluruh malah sekadar slogan daya penarik orang diluar untuk bersama pas, tetapi ianya tidak meliputi untuk mereka yang sudah menjadi ahli pas.Benarkah?

Misalan mudah difahami jika dikatakan saya seorang tokoh profesional yang berkelulusan diuniversi oxfort terpaksa membuang jauh jauh hasrat dan angan angan untuk menjadi orang no 1 atau no 2 didalam pas.Akan tetapi jika saya berkelulusan dari AlAzhar universiti akan bererti ada harapan cerah untuk saya melangkah jauh.Kenapa bolih jadi begini?, adakah perlembagaan parti ada mensyaratkan sedemikian?

Apa pun perlu diingat,perjuagan Pas adalah berteraskan kepada gerakan islam,segala dasarnya juga berkait rapat dengan hukum hakam agama,jadi mana mungkin mereka yang kurang arif tentangnya(agama islam)untuk bercakap lebih mendalam dan lebih halusi lagi mengenainya.

Selain daripada itu seorang pemimpin pas semestinya mempunyai sifat sifat seorang Daie,mempunyai keimanan dan sering menjalankan hubungan dengan allah dengan cara sering mengadakan dahwah untuk mengajak orang lain turut beramal dengan ajaran kitab Alqur"an dan juga mempunyai kefahaman tentang sirah dan sunnah.

Jadi jika kefahaman sesorang itu secara ala kadar untuk tahap bawa diri sendiri sahaja maka tidaklah nampak akan kehebatan sebuah parti islam itu.Apa pun gabungan kedua golongan ini dapat dikamilkan dalam satu aqidah kerana kedudukan mereka itu tetap murshid (pembimbing) kearah marthotillah. Inilah hikmat dan kelazatan berada didalam saf islam....fikir betul betul!

madkrie said...

Ya Pok Su aku sokong komen kamu.Sebenarnya PAS ada majlis Syura apa yang nak dikuatirkan jika jawatan No 1 atau 2 diisi oleh golongan profesional yang terserlah kebaikannya atau tawaduknya kepada Allah.
Allah tidak menjanjikan hanya golongan Ulama sahaja masuk Syurga tetapi Allah mensyaratkan iman dan amalannya.Janganlah kita berfikiran sempit jika Allah menghendaki nescaya semua bangsa beragama Islam dan kita tidak pun akan merasai dunia ini.
Jadi gabungan antara ulama dan profesional itulah yang terbaik bagi jawatan No 1 dan 2.
Apa2 pun buat masa sekarang TGHA adalah yang terlayak bagi meneruskan perjuangan parti sebagai presiden.

Anonymous said...

Setuju. Presiden dan Timbalam Presiden biarlah dari Ulamak. Naib Presiden, Professional macam Ir Nizar, dll. baru cantik kombinasi ini.

Anonymous said...

kepimpimpinan bertaqwa sudah bagus, kalau kepimpinan ulama' yang bertaqwa lagi bagus..setakat ni kepimpinan ulama' bagus dan tidak membawa masalah, cuma semenjak dua menjak ni ada yang mula mempertikaikan, ntah kenapa..angin tak dak ribut pun tak dak..

ahli pas said...

sepatutnya bukan sahaja presiden dan timbalan presiden pas mesti ulamak..bahkan 2 dari 3 naib presiden adalah mesti dari ulamak dan 3/5 dari AJK pas pusat jugak mesti daru golongan ulamak sebab bermula dari pemilihan tahun 2000 betapa ulamak dipandang sepi bukan menyepi dalam kerjanya..siapa lagi yang mengatakan bahawa kununnya ulamak menyalahgunakan moto "kepimpinan ulamak" atau golongan tak suka sangat agama ini yang benci kepimpinan ulamak...pas akan kembali seperti zaman dato'asri dan pas akan jatuh seperti itu dan akhirnya akan sedar diri bahawa perlu kembali kepada kepimpinan ulamak..masa kalah ingat ulamak..masa menang hentam ulamak..awas golongan abdullah bin ubai bin salul dalam jamaah islam..meeka ini hanya mahu menguasai pas untuk merebut ghanimah di medan uhud..!!!!!

Encik Kari Pintar said...

siapakah kita utk berkata2 siapa yg layak memimpin, dan siapa yg tidak layak?

serahkanlah pada Allah, sesungguhnya Dia Maha Mengetahui siapa yg paling layak memimpin ummat, dan siapa yg paling dekat denganNya...

InsyaAllah, jemaah kita akan terus melangkah...

Yang simple... said...

Salam semua,

Tak boleh ke kita tiru model seperti Islamic Republic of Iran?

Yang menjadi pemimpin no. 1 ialah dari kalangan profesional. Tapi dia sangat rapat dgn Ayatollah nya. sikit2 consult ulamak. Apa2hal consult ulamak.Yang buat kerja golongan pro. Yang menasihati, membimbing, menjadi pendorong - ulamak.

kan cantik macam tu...

Tak payah nak gaduh2.

Saya simple ajer...

Anonymous said...

salam. nak bagi komen jugak. pertamanya saya amat menyokong kepimpinan ulamak dan biarlah begitu sampai bila-bila. keduanya kita kena faham apa itu ulamak. ulamak bukannya gelaran yg diberi apabila mendapat segulung ijazah, master atau doktor falsafah dari universiti al-azhar atau yang mengaji dalam bidang agama dipondok-pondok. ulama' adalah orang yang mengamalkan cara hidup islam (perbuatan, akhlak, dan sebagainya) berpandukan kepada apa yang diturunkan allah dan diajarkan oleh rasulnya. Ulama' adalah seseorang yang amat faqih dalam agama. sebab itu kita amat memerlukan ulama' untuk memimpin kita supaya kita tidak tersasar daripada jalan yang benar. Ketiganya kita tidak boleh samakan profesional di timur tengah (contoh Ir. Ahmadinejad) dengan profesional dinegara kita (contoh Ir. Nizar). Mereka boleh dikatakan mengusai hampir semua bidang ilmu dan jika mereka tidak faham mereka aka akan consult ulama' (ayatollah). Kesimpulannya, jgn biarkan anasir-anasir umno menyelinap dalam pas parti islam yg kita syg ini. seperti kata sahabat kita, mereka hanya mahukan ghanimah di medan uhud. wassalam.

Anonymous said...

Untuk memimpin kejalan yg benar dan melaksanakan yg yang disuruh yg berpandukan AlQuran dan Hadith maka semestinya PEMIMPIN itu seharusnya mempunyai PENDIDIKAN AGAMA yg KUAT dan MAMPU MENGTAFSIR ALQURAN (hafal sahaja tak cukup) dan MAMPU mengeluarkan FATWA yang ADIL (bukan bersifat berat sebelah). Ini lah ciri-ciri PEMIMPIN ISLAM yang sebenar..

Jikalau setakat memberi IMEJ berjanggut berserban tapi perkara diatas tak cukup maka PAS sebenarnya sama sahaja macam UMNO (bukan PKR kerana PKR memang perjuang langsung tidak berteraskan ISLAM).

Shahiran Shahid Zahri said...

salam buat semua...

kepimpinan ulama atau tidak, kita berdiri diatas landasan yang dinamakan perjuangan. di dalam perjuangan, segala2nya akan berubah mengikut keadaan semasa dengan apa yang diutamakan matlamat perjuangan itu sendiri. kepimpinan, memerlukan lebih dari sekadar ilmu, tetapi jiwa yg kuat dan hati yg bersih.

kedudukan pimpinan samada no 1 sampai no 10 itu tak penting, apapun ianya merupakan barisan kepimpinan yang akan menjadi tonggak kepada halatuju perjuangan. kepimpinan ulama atau tidak, adalah bergantung. sekiranya terdapat ramai dikalangan ahli adalah ulama, bukankah lebih afdal jika mereka yg memimpin, betul boleh dirujuk kpd ulama, tetapi keputusan yg bakal dibuat akan jadi lebih cepat dan tepat jika ianya dibuat dikalangan ulama sendiri. beserta dalil2nya, dpt diputuskan ketika itu juga.

kepimpinan dari kalangan profisional pula, juga baik sekiranya terdiri dari mereka yang sanggup bersungguh mendekati agama, belajar berkenaan agama dgn lebih terperinci, namun, boleh juga dilantik dahulu, kerana kebanyakan perkara turut akan tetap dibincangkan dlm mesyuarat dgn ahli ulama.

apa yg penting disini, bukan kepimpinan yg terdiri dari ulama atau tidak, tetapi ianya mesti berdasarkan, kesederhanaan dan keikhlasan calon itu sendiri. bkn saja yg boleh berdebat, tetapi berprinsip dan teguh dgn pegangan serta patuh pada agama. inilah ciri2 kepimpinan dlm PAS yg diutamakan. bila dilihat dari ciri2 inilah, kebanyakannya yg ada ciri2 seperti ini adalah dari kalangan ulama. ada yg dari kalangan profesional tapi tak ramai. apapun, soal peluang hanya diberi pada lulusan azhar dan sebagainya, itu semua hanya kebetulan. ahli2 PAS melihat keperibadian, dan ini yg menjadi sumbangan terbesar kpd kemenangan di pihak PAS selama ini.

jgn kita mempersoalkan peluang berkenaan kepimpinan itu seperti ianya adalah satu peluang kerjaya. kepimpinan ini, adalah satu tugas yang amat berat dimana ia melibatkan tanggungjawab dan kewajipan2 tertentu yg besar fungsinya. ia tidak seharusnya jadi seperti itu, kalau nak membina kerjaya, teruskan dgn usaha murni itu tetapi kepimpinan memerlukan satu kata hati yg amat kuat utk berjuang dan berkorban. ianya amanah yg tidak seharusnya dipinta atau ditolak, kita semua berkewajipan memainkan peranan sebyk boleh dlm perjuangan, dan siapa yg merupakan paling kuat dan sentiasa berada di barisan hadapan dlm masa yg sama sentiasa menoleh mereka yg dibelakang utk dilihat keadaannya, mereka inilah yg akan memimpin. soal kepimpinan ulama atau tidak kita lihat pada senario ini.

contoh Iran utk di ikuti adalah sgt baik, tapi Ahmadinejad jika bukan ulama, lihat pada kesederhanaannya dlm masa yg sama jiwa kepimpinannya begitu hebat. inilah ciri2 yg perlu ada, dan jgn lupa Ahmadinejad adalah bekas tentera Evolusi yg berjuang di barisan hadapan dlm mempertahankan Iran.

kita lihat dgn teliti dan kita sematkan didlm hati siapa yg akan kita pilih dgn penuh beradab, kemudian kita doa pada Allah agar perjuangan kita ini diberkati dan dilindungi dari segala bentuk kejahatan dari luar dan di dalam.

insyaAllah, kita semakin hampir dengan kemenangan di dunia, walaupun matlamat kita adalah akhirat. perjuangan yg tiada akhirnya hingga hari kiamat.

wallahualam dan wassalam...