Monday, May 18, 2009

Keperibadian ulamak contoh

Siang tadi seperti biasa jadual Presiden PAS Dato Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang padat. Demikianlah setiap kali apabila beliau berada di KL. Beliau mempengerusikan dua mesyuarat pagi tadi. Antara dua mesyuarat itu, beliau turut ditemuramah oleh wartawan Harakah dan TVPAS.

Melihat wawancara itu saya semakin kagum dengan Tuan Guru. Inilah pemimpin yang tidak mengejar jawatan tetapi merendah diri apabila jawatan diberi padanya. Ketika wawancara itu beliau ditanya apakah perasaannya setelah diisytiharkan menang tanpa bertanding sebagai Presiden PAS bagi sesi 2009-11.

Ketika itu saya melihat beliau seakan tiba-tiba ketawa tetapi dalam waktu yang sama kedua matanya bergenang dengan airmata dan menjadi merah. Ternyata ketawa itu disengajakan kerana beliau menahan sebak didada, beliau sedaya upaya cuba mengawal perasaan. Tuan Guru begitu apabila memikirkan yang amanah sekali lagi diberikan kepada beliau. Kalau orang lain mungkin gembira dan melonjak sakan tetapi Tuan Guru sedih dan sebak menerima amanah.

Beliau berterima kasih kepada ahli-ahli PAS kerana sekali lagi memberi kepercayaan kepada beliau dan berjanji akan berusaha mempertahankan perjuangan suci ini.

Pengalaman itu tadi mengajar saya peribadi dan akhlak Tuan Guru. PAS tidak sedikit pun akan rugi berketuakan pemimpin seperti ini. Mudah-mudahan Tuan Guru terus diberikan kekuatan untuk memimpin jemaah kita ini dan semoga beliau terus mendapatdukungan dan sokongan tidak berbelah bahagi dari semua pihak.

Sementara itu saya mendapat maklum yang Ustaz Dato Harun Taib kembali memegang kepimpinan tertinggi Dewan Ulamak PAS Pusat. Beliau turut diisytiharkan menang tanpa bertanding untuk jawatan tersebut. Saya yakin gandingan kedua ulamak tersohor ini akan mampu memastika PAS terus berada dan bergerak di atas paksi perjuangan Islam pada setiap masa dan ketika.

1 comment:

sembang haroki said...

buat sementara ini 2 harapan ambe kepada Presiden PAS.
1) Pelihara dakwah pas agar sentiasa berada di landasan syarak
2) Seandainya ustaz nasha dipilih semula, push beliau agar tumpukan kepada tarbiah dan kepimpinan pas.inilah cara memelihara pas dari inhirof dari jalan. cubalah minta pandangan pok syeikh2 besar dalam dakwah dan tarbiah spt syeikh qorodhowiy dan kawan2nya.