Saturday, May 16, 2009

Ayah Chik terus pegang teraju PAS

Sebagaimana yang dijangkakan Dato Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang, ahli parlimen Marang dan ADUN Rhu Rendang, kekal sebagai Presiden PAS apabila diisytiharkan menang tanpa bertanding sebagai Presiden parti bagi sesi 2009-2011.

Sejak mengambil-alih teraju parti dari Almarhum Ustaz Dato Fadzil Nor ternyata kepimpinan Tuan Guru terus menyerlah sehinggalah membawa PAS ke pencapaiannya yang terbaik pada PRU ke 12 lalu dengan berjaya mengekalkan kuasa di Kelantan selain menawan Kedah, satu negeri yang lama diidamkan oleh parti. Begitu juga PAS berjaya membentuk kerajaan bersama rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat di Perak (sehingga dipermainkan oleh politik pintu belakang), Selangor dan Pulau Pinang.







PAS di bawah kepimpinan beliau juga berupaya mencacakkan panji-panji kemenangan buat pertama kali bagi gerakan Islam ini di Johor dan Negeri Sembilan yang sebelum ini merupakan negeri sukar buat PAS. Malah kejayaan PAS di dua pilihan raya kecil parlimen berturut-turut iaitu di Kuala Terengganu dan Bukit Gantang seakan membuktikan pengiktirafan rakyat terhadap PAS.

Pohon PAS yang ditanam dari benih dengan keringat, darah dan airmata serta pengorbanan dan doa yang tidak putus-putus sejak lebih 50 tahun lalu kini dituai oleh pendukungnya ketika parti di bawah teraju Tuan Guru, ulamak yang diiktiraf oleh kawan dan lawan bukan hanya diperingkat nasional malah diperingkat antarabangsa.

Marilah kita berdoa semoga terus istiqomah dalam perjuangan ini dan semoga Allah swt mengunriakan kekuatan kepada Tuan Guru untuk terus membawa bahtera perjuangan ini mengharungi samudera yang luas dan mencabar bagi menuju destinasi perjuangan, samada kita menang atau syahid kerananya.

Mudah-mudahan keikhlasan dan taqwa seorang ulamak sebagaimana Presiden kita akan membawa kita ke arah memperolehi redha Allah swt sepanjang meniti arus perjuangan ini. Kita yakin dan beriman dengan ayat Allah swt yang bermaksud:

“Sesungguhnya hanyalah yang paling takut pada ALLAH diantara hambanya adalah para ‘ulama’.”

(Faathir: 28)

Pimpinlah kami Tuan Guru berbekalkan panduan al quran dan Sunnah, wala’ dan kesetiaan kami pada anda, insyallah. Tahniah.

3 comments:

mentariyy said...

Alhamdlillah...
Tahniah Dato Seri Tuan Guru, teguhkan jamaah, semarakkan ukhuwwah, giatkan dakwah & majukan ummah

Munif Bani Husin. said...

Alhamdulillah.. Ayah Chik masih diterima menerajui kepimpinan PAS. Ana bukan tidak setuju para profesional menerajuinya tapi sebagai tonggak utama yang menepati dasar parti PAS, seeloknya ianya diterajui olih para ulamak.

Para profesional tidak kurang pentingnya dalam mentadbir PAS tapi alangkah moleknya jika President seorang ulamak dan timbalan seorang yang profesional seperti Dato Hassan Mohd Ali.

Satu gandingan yang cukup ideal.

Anonymous said...

Salam.. nak minta pendapat tuan tenteng keratan akhbar dibawah,adakah TH dah tersasar daripada landasan nya kerana mengejar keuntungan??

Desak TH turunkan tambang haji
KUALA LUMPUR 17 Mei – Tabung Haji (TH) digesa menimbangkan semula keputusan menaikkan kadar tambang 11 peratus untuk musim haji tahun ini.

Kebanyakan pihak termasuk orang ramai menyifatkan kenaikan itu agak membebankan dalam suasana ekonomi yang tidak menentu ketika ini.

Timbalan Yang Dipertua Persatuan Ulama Malaysia, Datuk Md. Saleh Md. Ahmad berkata, berikutan suasana ekonomi sekarang agak membebankan rakyat, TH perlu mempertimbangkan kenaikan tersebut.

‘‘Kenaikan ini agak membebankan bagi mereka yang berpendapatan rendah, sekarang ini semua kos telah meningkat,’’ katanya ketika dihubungi di sini.

TH dalam kenyataannya kelmarin mengumumkan, kadar bayaran tambang tahun ini akan dinaikkan sebanyak 11 peratus berikutan peningkatan kos yang tidak dapat dielakkan.

Ini bermakna bakal jemaah akan dikenakan bayaran sebanyak RM9,980 seorang berbanding RM8,973 ketika ini.

Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Pengguna (FOMCA), Muhammad Sha’ani Abdullah berkata, kenaikan perlu berpatutan sekiranya ia tidak dapat dielakkan.

‘‘TH perlu menimbang semula kadar ini dan kalau boleh beri subsidi kepada mereka yang berpendapatan rendah,’’ katanya.

Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia di sekitar Lembah Klang mendapati kenaikan itu mendapat reaksi negatif daripada orang ramai.

Seorang pembantu tadbir Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Norani Salleh, 52, menyifatkan kenaikan tersebut terlalu tinggi.

‘‘Sepatutnya jika jika tidak boleh dielakkan, naikkan sedikit demi sedikit,’’ katanya.

Seorang kakitangan awam, Mek Rogayah Hamzah, 53, juga tidak bersetuju bayaran tambang itu dinaikkan berikutan kegawatan ekonomi sekarang.

‘‘Tabung Haji sepatutnya memahami kesusahan rakyat yang terpaksa menanggung beban kos sara hidup yang semakin tinggi,’’ katanya.

Pemilik kedai pakaian, Kamal Bahari Abd. Rashid, 41, pula berkata, kadar tambang tersebut tidak sepatutnya dinaikkan berikutan keadaan ekonomi yang masih tidak stabil.

‘‘Perkhidmatan menunaikan haji sepatutnya tidak dijadikan sebagai perniagaan. TH sepatutnya membantu mereka yang ingin menunaikan haji,’’ katanya.

Pemilik sebuah restoran, Zarina Abdul Hamid, 37, juga berpendapat, kadar baru itu tidak munasabah.