Thursday, October 12, 2006

Khir main tarik-tali

Kata Ketua Pembangkang DUN Selangor Sdr Teng Chang Khim ISTANA Zakaria Md Deros ini telah mula dibina sejak awal tahun ini. Ianya pernah cuba dibangkitkan dalam persidangan DUN Selangor tetapi gagal setelah ditolak oleh Speaker Dewan. Laporan pernah dibuat kepada BPR dan LHDN dan semalam ianya dibangkitkan lagi apabila Majlis Perbandaran Kelang mengakui bahawa Zakaria tidak pernah memohon kelulusan MPK untuk pembinaan ISTANA RM5juta itu.

Lalu apabila perkara ini ditanya kepada MB Selangor semalam selepas mesyuarat minggun EXCO Khir Toyo berkata:

Sometimes we do not know whether it is true or not. If we have something in black and white it would be easy for us.
(Kadangkala kita tidak tahu samada ia benar atau tidak. Kalau kita ada sesuatu dalam hitam putih, barulah mudah bagi kita)

Menurut beliau, YDP MPK telah beliau arahkan agar segera menyediakan laporan untuk beliau.



Bagi saya ini satu tindakan tarik tali yang terhandal yang pernah Khir pamirkan. Seolah-olah perkara ini sesuatu yang baru sedangkan ianya telah dibawa kepengetahuan umum beberapa kali, takkanlah MB baru nak minta laporan hari ini.

Betul beliau berhak menerima laporan tetapi tidakkah YDP MPK itu seorang penjawat awam yang kanan yang saya yakin laporan lisan beliau sudah cukup dan padat untuk MB membuat komen?

Saya berharap kerajaan negeri Selangor segera menghentikan sikapnya yang berdolak-dalik itu. Semalam YDP MPK telah mengesahkan dalam akhbar dan sewajarnya tindakan segera diambil. Jangan beza-bezakan undang-undang antara yang berada dan berkedudukan dengan yang tiada. Saya teringat kata-kata mendiang P.Patto dalam sebuah forum di UM dahulu:

Undang-undang di Malaysia ini macam sarang labah-labah. Nyamuk dan lalat yang kecil akan terjerat kalau cuba merempuhnya. Akan tetapi apabila dilanggar binatang buas, dengan sarang-sarangnya akan hancur.

No comments: