8.45 pagi : Menanti proses pengiraan semula
Badar yang kita nantikan nama Uhud yang tiba. Itu semua kuasa Allah swt. Seluruh jentera dan tenaga petugas PAS termasuklah para pimpinan dan calon sendiri seharusnya berbangga yang walaupun Umno menurunkan segala kekuatan dan kekayaannya dari PM, TPM, MB-MB, Ketua-ketua Menteri, Menteri Pusat, ahli-ahli EXCO Negeri, seluruh jentera kerajaan Persekutuan namun mereka sekadar menang dengan 129 undi.
Memang A WIN IS A WIN, namun this win was surely tainted with corrupt practices, pengundi hantu, orang mati mengundi, orang yang hidup tak dapat mengundi, Timbalan Presiden Umno masih berkempen secara live menerusi TV3 ketika rakyat turun mengundi, dan berbagai lagi amalan yang tidak adil, kotor dan berat sebelah.
Apa pun kita nantikan proses mengira semula undi yang akan bermula pagi ini jam 10.00. Apabila diisytiharkan keputusan secara rasmi kita akan menerimanya dengan hati yang terbuka. Namun ianya belum muktamad kerana sebagaimana yang ditegaskan oleh Hj Husam Musa, Naib Presiden PAS, kemungkinan PAS memfailkan petisyen pilihanraya adalah dalam pertimbangan.
Berhubung proses pengiraan semula undi ini, kita perlu menyediakan diri dengan berbagai kemungkinan, IT CAN GO EITHER WAY, sebenarnya.
Contoh tiga kes dalam Pilihnaraya Umum 2004:
1. P.13 Parlimen Sik
BN 15 498
PAS 15309
Majoriti 189
Rosak 875
Setelah kira semula undi BN berkurang 141 undi, undi PAS kurang 271 undi
2. P.44 Parlimen Permatang Pauh
PKN 21 737
BN 21 288
Majoriti 449
Rosak 665
Setelah kira semula undi DS Wan Azizah tak berubah undi BN kurang 141 undi
3. N.31 DUN Batu Lanchang, P.Pinang
BN 7 567
DAP 7 492
Majoriti 75
Rosak 289
Setelah kira semula undi BN bertambah 39 undi DAP berkurang 25 undi.
Bermakna apa pun boleh terjadi pagi ini. Mungkin majoriti BN dari 129 boleh naik sampai 200 atau lebih undi. Mungkin majoriti tersebut boleh menjadi semakin tipis. Atau mungkin juga kemenangan bertukar tangan.
Kita yang telah berkerja dan berusaha, harus hanya berserah kepada Allah swt. Mungkin Uhud bertukar menjadi Badar atau mungkin Uhud kekal menjadi Uhud. Yang pastinya Islam menang dan akan terus menang.
No comments:
Post a Comment