Monday, July 18, 2005

ISU AP MENJADI SEMAKIN HANGAT
PERHIMPUNAN UMNO BAKAL MENGALAHKAN SEPET

Sebentar tadi Buletin Utama TV3 menyiarkan berita berkenaan krisis AP yang bagaikan nanah yang membusung dalam Umno hari ini. Tiba-tiba Pejabat Perdana Menteri hari ini mendedahkan nama-nama penerima AP yang sebelum ini PM sendiri mengatakan tak perlu didedahkan.


SIAPA KENYANG ANGKAT TANGAN!

Berikut ialah senarai 10 penerima terbanyak AP bagi 2005 sebagaimana di keluarkan oleh BERNAMA:

1. Datuk Seri Syed Azman Syed Ibrahim, Datuk Mohd Haniff Abd Aziz, Datuk Azzuddin Ahmad (15,759 AP).
2. Tan Sri Nasimuddin SM Amin (12,524)
3. Berjaya Group Berhad, Sime Darby Berhad dan Tan Sri Vincent Tan (8,573)
4. Datuk Ayob Saad, Datuk Dr Soh Thiam Hong dan Soh Ah Gong (2,496)
5. DRB-Hicom Berhad (2,148)
6. Tunku Datuk Zainol Tengku Izham dan Ramzia Arshad (2,025)
7. Zahari Jaffar, Muhammad Fadhil Ahmad (1,807)
8. Datuk Ilyas Mohamed dan Zahran Ahmad (1,237)
9. Zahari Jaffar, Muhammad Fadhil Ahmad dan Razak Al-Malique Hussain (1,080)
10. Muhammad Faizal Zainol, Zatizam Ghazali dan Faridah Ghazali (1,026)

Nampaknya krisis ini semakin memuncak. Rafidah Aziz selaku Menteri yang terlibat ketika mengulas persoalan wartawan sebagaimana terbit di TV3 menganggap bahawa krisis ini telah selesai setelah beliau memberikan penerangan panjang lebar melalui suratnya kepada bekas PM Dr Mahathir. Beliau mengatakan:

Saya tidak mahu orang ramai menganggap apa yang Tun kata tu betul, maka nampak sangat buruk saya, tak eloklah, saya terpaksa terangkan.Jadi, sebagai menghormati Yang Berbahagia Tun, tak payahlah kita keluarkan kandungannya.

Sedangkan Pak Lah semasa diwawancara oleh MINGGUAN MALAYSIA mengatakan krisis ini tidak selesai dan akan ditangani oleh beliau sendiri sebagaimana dipetik oleh akhbar THE STAR hari ini di bawah tajuk:

Pak Lah promises to put AP discrepancies issue right

Pak Lah berjanji memperbetulkan penyelewengan isu AP

Berikutan perkembangan terbaru ini ada yang mengatakan berkemungkinan jangka hayat politik Rafidah sudah sampai keperingkat nazak. Sudah pastilah Perhimpunan Agung Umno kelak akan menjadi gelanggang menelanjang dan menginjak-injak pihak-pihak yang lazimnya sudah hampir pasti akan kecundang.

Sementara itu BERNAMA turut melaporkan bekas PM Dr Mahathir buat pertama kali tidak akan hadir dalam Perhimpunan Agung Umno kali ini kerana dikatakan bercuti di luar Negara.

Kalau dahulu Dr Mahathir meraung secara terbuka dalam perhimpunan yang lalu, mungkinkah kali ini giliran Rafidah pula? Apakah Rafidah akan membiarkan dirinya jatuh dengan mudah atau beliau akan mengheret sama mereka yang bersama terlibat dalam isu ini. Yang pastinya Perhimpunan Agung Umno kali ini ada harapan mengalahkan filem Sepet yang menang anugerah filem terbaik dalam Festival Filem Malaysia baru-baru ini!

No comments: