Tuesday, July 19, 2005

DRAMA UMNO BERMULA

Dr Mahathir pernah menangis terisak-isak semasa Perhimpuan Agung Umno tahun 2002 dahulu. Hari ini belum pun bermula perhimpunan secara rasmi, giliran Rafidah Aziz pula berbuat perkara yang sama di depan pemberita.

Rafidah menjadi emosional semasa menjelaskan darihal isu AP dan pertuduhan terhadap penglibatan beliau. Beliau sebak dan mula menangis apabila menyuarakan kekesalan bila ada pihak menyatakan yang beliau telah bertindak tidak beradab terhadap bekas PM Dr Mahathir.


DUA WAJAH RAFIDAH: GAGAH DAN SEBAK

Rafidah telah membacakan perenggan terkahir surat RAHSIA beliau kepada Dr Mahathir:

Saya mendoakan supaya Tun dan Dr Siti Hasmah berada dalam sihat dan sejahtera

Barangkali untuk menafikan tuduhan Zainuddin Maidin sebelum ini yang beliau bertindak tidak beradab terhadap Tun Dr M.

Sambil terisak-isak sebagaimana disiarkan ke seleruh Negara oleh kebanyakan siaran berita jam 8 malam tadi beliau mengatakan:

I stopped Tun from resigning (Saya yang menahan Tun dari meletakkan jawatan)
It saddens me when (there are people who allege that I was) disrespectful to Tun. (Saya sedih apabila ada yang mendakwa saya biadap terhadap Tun)

Mengapa tampak begitu emosional dan pilu sekali Ketua Wanita Umno itu yang selama ini dikenali sebagai wanita yang kental dan bertenaga.

Soalnya terjawabkah isu yang dibangkitkan oleh Tengku Mahaleel Ketua Pegawai Eksekutif Proton sebagaimana yang terbit dalam akhbar Oriental daily? Antara isu yang dikatakan kontroversial yang telah beliau bangkitkan itu adalah:

-Jika orang sudah tidak lagi berbangga dengan kereta nasional, Proton boleh gulung tikar atau diambil alih oleh syarikat asing.

-(Pemasangan otomobil dan pengilangan otomobil adalah dua industri yang berbeza) Pemasangan otomobil bermakna anda perlu hanya screwdrivers, tidak perlu jentera dan kilang enjin. Jika kerajaan Cuma mahukan pemasang otomobil. Kita boleh mengambil kereta Mitsubishi lekatkan logo Proton dan katakan ini kereta Proton

-Di Malaysia projek kereta nasional telah berusia 20 tahun, namun kita masih tidak tahu bagaimana mahu mengerjakannya. Ini adalah masalah serius.

Terjawabkah juga isu-isu yang dibangkitkan oleh Tun Dr M iaitu antaranya:

Kereta-kereta dari Korea Selatan yang diimpot dan diselewengkan harga sebenarnya semasa di bawa masuk (under declare) sejak beliau PM lagi.

Ketika beliau PM harga masuk sebuah kereta jenis ini adalah RM11,000 sedangkan kos mengilang siap sebuah Proton adalah sekitar RM14,000.P

emberian AP (permit impot kenderaan) yang terlalu berleluasa sehinga menjejaskan pasaran kereta tempatan. Tahun 2004 sahaja 67,000 AP dikeluarkan dengan cuma 12,600 diberikan kepada 82 syarikat manakala 54,400 diberikan kepada 20 syarikat terpilih.

Keputusan membenarkan kereta yang memiliki cuma 40 peratus bahan tempatan sebagai layak untuk status kereta nasional bertaraf bebas cukai untuk pasaran AFTA itu sebenarnya bukan keputusan kabinet.

Sebagaimana yang ditegaskan oleh Naib Presiden PAS Hj. Husam Musa yang disiarkan oleh Buletin Utama TV3 sebentar tadi, tuntutan terhadap ketelusan kerajaan tidak berakhir dengan pendedahan nama penerima-penerima AP ini sahaja. Isu pengisytiharan palsu (under declaration) juga adalah serius, kerana ia melibatkan penipuan dan terjejasnya pendapatan kerajaan.

Dalam hal ini Rafidah boleh berkata (sebagaimana dipetik BERNAMA):

On whether APs would be revoked if AP holders were found to have under-declared the value of imported cars, she said rather than revoking, the Royal Customs Department should impose (the appropriate) penalties.

Samada AP perlu dibatalkan dalam kes pemegang AP yang didapati membuat pengisytiharan palsu terhadap nilai kereta yang diimpot, beliau berkata dari dibatalkan, lebih baik Jabatan Kastam mengenakan denda yang berpatutan.

Apabila yang ditipu adalah kerajaan, tindakan yang serius perlu diambil, tidak memadai dengan denda sahaja!

Berbalik kepada gelagat Rafidah tadi, sesungguhnya air mata dan emotional outburst begitu tidak boleh mengaburi tuntutan untuk mendapatkan penjelasan sebenar-benarnya, serta tindakan diambil terhadap mana-mana pihak yang menyeleweng tanpa mengira kelas dan kedudukan,

Rafidah bukan hanya bertanggugjawab kepada Dr Mahahtir dan Umno malah kepada seluruh Negara. Takkanlah skandal sebesar ini mahu disapu selamba ke bawah tikar juga.

Rafidah telah mengatakan bahawa al Quran menjadi saksi terhadap penjelasan beliau. Namun kesaksian demikian rupa sahaja tidak cukup dan memadai. Satu penyiasatan perlulah dilakukan, berdasarkan kenyataan Mahaleel, berdasarkan pertuduhan Tun Dr M. Ini isu melibatkan kepentingan nasional, siapa sahaja yang bersalah termasuklah Mahaleel dan Tun Dr M kiranya terbukti dakwaan mereka palsu atau Rafidah jika terbukti benar, hendaklah didakwa dan dihukum, barulah betul.

No comments: