Wednesday, October 06, 2004

Pirdaus hina demokrasi

PIRDAUS HINA DEMOKRASI

Semalam ada sahabat yang telah menghubungi saya minta masukkan komen tentang berita Pirdaus bekas Imam Besar Masjid Negara sebagaimana yang tersiar dalam akhbar-akhbar tempatan. Saya tidak berkesempatan memuatkan komen semalam namun pagi ini ada masa sedikit, berita tersebut tetap sensasi dan hangat.



Utusan Malaysia Selasa 5 Oktober melaporkan:

Tindakan Pirdaus sepak peti undi hina demokrasi - Pengarah SPR

Akhbar tersebut melaporkan darihal perbicaraan petisyen pilihanraya bagi kerusi Parlimen Permatang Pauh dimana calon BN yang kalah Pirdaus Ismail mengemukakan bantahan terhadap kemenangan calon Parti Keadilan Nasional, Kak Wan. Petisyen ini nampaknya lama sungguh menjalani pembicaraan sedangkan petisyen-petisyen yang melibatkan kerusi-kerusi lain telah lama diselesaikan dalam tempuh yang sangat singkat.

Dalam perbicaraan yang dilaporkan terserlahlah perangai Pirdaus seorang hafiz, bekas Imam Besar Masjid Negara yang kini memegang jawatan EXCO Pemuda Umno Malaysia. Semasa perhimpunan Umno yang baru lalu Pirdaus dengan lantang membicarakan hal agama, isu moral dan Islam hadhari. Rupa-rupanya perangai beliau sendiri tidak mencerminkan keluhuran akhlak yang cuba beliau ketengahkan. Pendek kata cakap tak seruipa bikin.

Dalam memaklumkan mahkamah darihal aksi biadap Pirdaus menyepak peti-peti undi Pengarah SPR Pulau Pinang dipetik sebagai menyatakan:

Saya terkejut dan kecewa di atas perlakuan beliau menyebabkan penghormatan yang sepatutnya saya berikan hilang sama sekali kerana peti undi diibaratkan sebagai sebahagian daripada proses demokrasi yang diamanahkan kepada saya dan kakitangan SPR.

Sebelm itu UTUSAN melaporkan:

Saksi itu mengaku bahawa perbuatan sedemikian telah menjejaskan perasaan hormat beliau terhadap Pirdaus walaupun calon BN itu dikenali sebagai orang yang berilmu, mempunyai kedudukan dalam masyarakat dan sentiasa menyeru ke arah kebaikan.

Sungguh memalukan berita ini. Tak kan sekonyong-konyong menyertai Umno perangai Pirdaus berubah dari seorang Tok Imam yang disegani menjadi samseng yang biadap dan kurang ajar! Kalau macam ni punya perangai memang layaklah pengundi Permatang Pauh menolak beliau. Mujur bukan semua bekas Imam Besar Masjid Negara berubah jadi samseng, Ustaz Taib kalah di Baling namun terima dengan hati terbuka dan terus menerima penghurmatan masyarakat.


No comments: