Saya salah seorang yang berpegang kepada prinsip kebebasan media. Ia berkait rapat dengan jaminan kebebasan bersuara yang diberikan oleh undang-undang tertinggi negara iaitu Perlembagaan Persekutuan.
Namun demikian bagi saya setiap kebebasan itu perlu ada hadnya dan ia tidak wajar diberikan secara mutlak tanpa menghormati adat dan budaya serta peraturan yang diterima dan sedia terpakai.
Biarlah ada pertanggungjawaban. Anda bebas menulis dan melaporkan selagi mana ianya tidak ...bertentangan dengan undang-undang. Jika tidak tiadalah lagi ada akhlak dan keharmonian di dalam masyarakat.
Namun apabila saya dimaklumkan yang portal berita TMI akan berhenti beroperasi mulai tengah malam ini tidak pula jiwa saya terkesan atau tersentuh.
Apabila pengurus TMI di dalam mesej terakhirnya menyebut:
"Kami bekerja (selama ini) sebagai wartawan yang tidak berat sebelah untuk memberi maklumat kepada rakyat ...."
Langsung jiwa saya tidak boleh menerima mesej itu kerana pada pengamatan saya selama ini TMI khasnya tidak pernah berlaku adil pada PAS dan pimpinannya.
Bukannya kami mahu sangat sokongan buta dari TMI tetapi secara jujur TMI lah yang paling banyak menyerang dan memperlekehkan PAS sehingga pernah saya ucap tahniah pada mereka dalam tulisan saya kerana mengambil-alih peranan Utusan Malaysia.
Kami akan merindui "spin" yakni kerja-kerja putar-belit dan adu-domba TMI.
Menurut CEO The Edge Communications yang memiliki TMI portal berkenaan terpaksa ditutup setelah mencatat kerugian mencecah RM10juta sejak Jun 2014. 59 orang kakitangannya akan dihentikan dengan dibayar pampasan menurut peraturan sedia ada.
Selamat jalan TMI pemergian mu langsung tidak ditangisi. Moga 59 pekerja berkenaan bersabar dengan ujian ini dan segera dapat kerja baru yang kalau boleh tidak lagi melibatkan aktiviti mungkar dan curang sebagaimana semasa dalam TMI dulu.
Adios.....

No comments:
Post a Comment