Suka ataupun tidak hakikatnya tumpuan masyarakat ramai
khususnya orang-orang Melayu Islam hari ini adalah terhadap PAS.
Setelah rela berpisah dengan DAP demi mempertahankan prinsip
dan perjuangan Islam PAS terus dipandangan dengan penuh hormat. Lebih-lebih
lagi apabila ia tenang menghadapi pengkhianatan dari mereka yang berjuang untuk
agenda peribadi masing-masing PAS dilihat sebagai sebuah parti Islam yang matang
dan tidak mudah goyang dan goncang walau menghadapi tekanan.
Ternyata Islam yang diamal dan diperjuangkan itu telah
mematangkan PAS dan menjadi kekuatan baginya dalam menghadapi pelbagai cabaran.
Ini dipersetujui oleh Prof Madya Datuk Dr Samsu Adabi Mamat,
dari UKM apabila beliau berkata sebagaimana dilaporkan oleh Sinar Harian hari
ini:
“….perlu diingat PAS
mempunyai kelebihan memandangkan parti itu tidak dibebani masalah apatah lagi
mereka tidak menjalin kerjasama dengan DAP.
Ini mewujudkan
persepsi terhadap orang Melayu bahawa PAS adalah harapan mereka kerana rakyat
mahukan pemimpin yang baik dan mempunyai pegangan agama. Inilah kelebihan PAS
dan peluang untuk mencari pengaruh”
Berbeza dengan Umno yang terpalit dengan pelbagai krisis dan
masalah dalaman rakyat kelihatan mula cenderung dan berjinak dengan PAS.
Lantaran itu saya yakin dan percaya kiranya pimpinan PAS
hari ini terus meneroka dimensi baru dan berjaya melompat keluar dari kekangan
politik lama ketika bersama DAP dan para pengkhianat yang telah keluar parti,
hati para pengundi Melayu Islam akan semakin lembut dan terbuka terhadap PAS.
Memperkasakan DHPP, “engagement” yang berterusan dengan
pelbagai sektor masyarakat termasuklah NGO dan melalui Kongres Rakyat, menerima
pakai Budaya Politik Matang dan Sejahtera, menerajui blok politik ketiga yang
baru (yang bakal diumumkan sebentar nanti), adalah merupakan langkah-langkah
proaktif yang akan melontarkan PAS ke hadapan sebagai parti yang terulung dan
dominan dalam negara apabila meluru masuk sokongan para pengundi Melayu dan
Islam selain masyarakat bukan Islam yang selesa dengannya.
PAS hari ini berada atas landasan perjuangan yang betul, dengan
komitmen dan sokongan padu ahli-ahli yang istiqamah. Kebijaksanaan dan jauh
bacaan politik pimpinannya akan memastikan ia sampai ke destinasi perjuangan,
cepat ataupun lambat.
No comments:
Post a Comment