Saturday, March 05, 2016

Selamatkan Malaysia dengan Islam



Malaysia menghadapi pelbagai tekanan. Suasana ekonominya tidak menentu, skandal kewangan dan kepincangan pentadbiran menghantui masa depan negara. Rakyat terbeban dan tercengkam dengan kos hidup yang semakin menekan. Suasan politik turut berkecamuk ekoran parti pemerintah, Umno sendiri menghadapi krisis dalaman yang kronik.

Kerajaan Persekutuan sedang berhadapan dengan krisis keyakinan yang paling serius.

Apa yang harus dilakukan?

Selamatkan Malaysia?

Benar rakyat yang bertanggungjawab dan prihatin pasti mahu menyumbang dalam menyelamatkan negara tercinta ini. Apa guna kita ada tanahair sendiri tetapi ia penuh kekacauan, penuh ketegangan, rakyat sudah bosan dan terhimpit di buminya sendiri.
Selamatkan Malaysia?

Benar Malaysia wajib diselamatkan. Kaedahnya kita perkenalkan satu formula penyelesaian yang menyeluruh yang boleh merobah sistem kini yang sudah pincang dan penuh dengan salahguna itu.

Kaedahnya bukan dengan menggantikan pemimpin yang pincang dengan seorang lagi yang turut pincang. Atau menurunkan segugus pemimpin dan digantikan dengan segugus yang lain yang punya sejarah silam yang turut meloyakan.

Rakyat Malaysia yang jujur dan ikhlas mahukan perubahan total perlu berani mendesak agar keseluruhan sistem sekular yang tempang dan menghalang kita dari barakah dan rahmat Allah ini dirobah dan digantikan dengan yang lain.

Malaysia perlu diselamatkan.

Islamlah yang boleh menyelamatkannya.Bukan liberal, bukan sosialis  apatah lagi kominis.

Semua rakyat Malaysia khasnya majoriti umat Melayu Islam yang insaf perlu bersuara bahawa masanya sudah tiba untuk kita kembali kepada Islam. Orang-orang PAS, Umno, PKR , yang berparti atau tidak berparti, yang duduk atas pagar, keseluruhannya bankitlah dan tuntut perubahan.

Selama ini kepincangan dan ketempangan adalah berpunca kerana kita menyampingkan Islam serta menafikan peranannya. Islam adaalah penyelamat dan Malaysia perlu diselamatkan lantas ketepikanlah ego dan taksub kita, bersamalah kita mendukung perjuangan kebenaran yang menjanjikan barakah dan rahmat dari Allah swt ini.

Saya mahu Malaysia diselamatkan, selamat dari Umno selamat dari sistem yang pincang, bukannya dengan menaikkan Zahid atau Muhyuddin atau Shafiee apatah lagi Mahathir.

Malaysia perlu diselamatkan, Islamlah yang akan menyelamatkan Malaysia, Ayuh kita sokong dan mendukung Islam!

No comments: