“Operation Aurat attack” atau “ Operasi gempur aurat”demikianlah
tajuk utama akhbar The Star hari ini.
Seluruh mukasurat tiga akhbar berkenaan hari ini dipergunakan
untuk menggambarkan betapa “ganas” dan tidak berperikemanusiaannya tindakan
Majlis Perbandaran Kota Bharu – Bandaraya Islam (MPKB-BI) dalam menguatkuasakan
peraturan yang mensyaratkan semua pemilik premis yang menggajikan pekerja
wanita Islam, agar memastikan pekerja berkenaan menutup aurat sebagaimana
garispanduan yang disediakan. Kegagalan berbuat demikian akan mengakibatkan
saman dikeluarkan kepada pemilik premis.
Jurucakap MCA dan Sisters in Islam diberi ruang oleh akhbar
berkenaan untuk menyerang dan memperlekehkan tindakan MPKB-BI itu dan sekaligus
menyerang kerajaan PAS Kelantan.
Kata Naib Presiden MCA Chew Mei Fun, tindakan berkenaan
adalah mendiskriminasi dan menekan para pekerja wanita. Di mata PAS katanya
mendedahkan lengan dan buku lali dikira salah dan tidak sopan. (Malang sungguh
seorang pemimpin kanan BN seorang Senator dan Timbalan Menteri Kerajaan
Persekutuan tidak tahu menahu darihal peruntukkan Islam, aurat bukan bikinan
PAS tetapi peraturan Islam)
Menurut SIS (yang jelas sesat Islamnya) pula wanita
sewajarnya diberikan kebebasan untuk memilih jenis pakaian mereka.
Sesungguhnya Kelantan melalui MPKB-BI telah memperkenalkan
peraturan ini dan beberapa peraturan lain dalam usahanya melaksanakan program “Membangun
Bersama Islam” sejak 1990 lagi iaitu lebih 20 tahun lalu.
Seorang pengusaha kedai kopi Cina, Wong dilaporkan berkata
bahawa :
These rules have been enforced for as long as I can remember
and I have been doing business here for the past 15 years.
(Peraturan-peraturan ini telah dikuatkuasakan sejak sekian
lama dalam ingatan saya dan saya telah berniaga sejak 15 tahun lalu)
Jangalah pandang pelik dan penuh negatif sesuatu yang dilaksanakan
oleh sebuah kerajaan negeri yang diberi mandat oleh rakyatnya. Tambahan pula
apa yang dilaksanakan adalah sesuatu tuntutan dalam agama, dan Kelantan
sebagaimana akhbar itu sendiri laporkan 96.8% penduduknya beragama Islam.
Rakyat Kelantan bvukan sekali tetapi 6 penggal telah
mengundi dan memberi mandat kepada PAS untuk memerintah negeri berkenaan.
Segala program dan rancangan Islam yang dilaksanakan adalah lantaran mandat dan
kepercayaan yang diberikan oleh rakyat kepadanya.
“It is a routine exercise as a reminder on the need to cover the aurat. The people in Kelantan understands this.”
(Ianya suatu tindakan rutin sebagai peringatan darihal
kewajiban menutup aurat (dalam Islam). Rakyat Kelantan faham perkara ini)
Yang tidak faham MCA yang tidak ada wakil dalam Dewan
Undangan Negeri, yang tidak faham adalah SIS yang memang menyeleweng dan sesat
pegangan Islamnya.
Sewajarnya tindakan MPKB-BI ini tidak dilihat dari
perspektif politik tetapi suatu tuntutan dalam Islam. Alangkah cantiknya jika
semua PBT seluruh Negara tidak kira
dikuasai Pakatan atau BN turut memperkenalkan peraturan ini, kerana bukankah
ianya suatu langkah bertanggungjawab untuk mendidik dan menyelamatkan khasnya
umat Islam dari murka Allah swt.
Ini mungkin bukan “standard” Barat, tetapi ia piawai dalam
Islam. Melaksanakan Islam adalah tuntutan ke atas semua penganutnya
tambah-tambah lagi bagi mereka yang
diberikan kuasa oleh Allah swt. Apabila kuasa sudah di tangan, peringkat berleter
dan beretorik sudah sepatutnya digantikan dengan pendidikan dan perlaksanaan.
Peraturan ini tidak diwajibkan ke atas pekerja bukan Islam,
di Kelantan yang cuma 3% dari 1.4 juta penduduknya bukan Islam, mereka ini
terpelihara dan tidak dipaksa.
Oleh itu sebarang kenyataan membidas dan menyerang serta
memperlekeh peraturan Islam seumpama ini seharusnya dilihat sebagai sesuatu
yang anti Islam. Maaf tetapi kenyataan Chew Mei Fun itu sesungguhnya berbaur
anti Islam dan begitu juga dari SIS.
Rukunegara menyebut “Kedaulatan Undang-undang” dan “Kesopanan
dan kesusilaan”, peraturan MPKB-BI ini adalah berasaskan kerajaan yang
berdaulat yang diberi mandat dan kepercayaan oleh rakyatnya. Peraturan ini juga
pada pandangan kerajaan Kelantan adalah demi menjunjung apek kesopanan dan
kesusilaan rakyatnya.
Hormatilah Kelantan. Hormatilah Islam.
3 comments:
Sbb yg tegur tu kan kapir....
Kapir tak akan reda jika kita mengajak umat kita masuk syurga. Mereka suka kalu kita masuk neraka sama mcm mereka.
Tapi org kita tak sedar
China2 ni yang sebuk pasal agama orang lain apa pasal...
golongan yang tidak mau memahami
dimana kaki berpijak. itu kan negeri yang paling ramai umat Islam sudah tentu peraturan Islam mesti dijalankan
Post a Comment