Akhbar The Star hari ini melaporkan Kelantan berjaya
menganjurkan Kejohanan Bolaring “Wanita Sahaja” yag melibatakan 14 kawasan
Parlimen seluruh negeri berkenaan. Kejohonan Bolajaring Beliawanis Kelantan itu
adalah yang pertama dimana semua peserta, pegawai dan penonton hanya dibenarkan
dikalangan wanita dengan pesertanya menutup aurat menurut kehendak Islam.
Menurut EXCO Belia dan Sukan Kelantan Dr Ramli Mamat kejayaan
kejohonan ini akan mendorong Kelantan untuk menganjurkan lebih banyak lagi
jenis sukan untuk wanita yang menepati hukum dan kehendak Islam.
Tambah Dr Ramli lagi:
“Apart from getting
involved in sports activities, the participants will also save themselves from
hellfire if they did not transgress Allah’s laws.”
(Selain dari berpeluang menyertai acara sukan, para peserta
(golongan wanita ini) juga telah menyelamatkan diri mereka dari azab api neraka
kerana tidak melanggar perintah Allah swt)
Walaubagaimanapun penganjuran sukan seumpama ini
dipertikaikan pula oleh sesetengah pihak lain. Akhbar berkenaan turut memberi
liputan darihal tentangan yang diberikan oleh beberapa puka bukan Islam.
Antaranya dari Timbalan Menteri Pendidikan P Kamalanathan
yang mendakwa langkah Kelantan itu tidak bijak dan tindakan memisahkan wanita
dengan lelaki seumpama itu sesuatu yang wajar ditentang oleh badan-badan sukan.
Lua Choon Hann, AJK PCA Pusat pula mendakwa bahawa Kelantan tidak
wajar memperalatkan agama untuk memecahbelahkan masyarakat. Beliau mendesak agar
PAS menghentikan dari mengenakan peraturan agama ke atas acara sukan.
Sebelum itu pihak DAP juga telah menyelar rancangan Kelantan
itu.
Pada 26 Ogos lalu dalam Roketkini.com Penolong Setiausaha
Publisiti DAP Teo Nie Ching dalam kenyataan medianya bertanyakan apa sebenarnya
tujuan kerajaan Kelantan di sebalik dasar larangan tersebut?
“Adakah ia semata-mata untuk menghalang penonton lelaki
(daripada menyaksikan sukan tersebut)? Atau adakah tujuan Kerajaan Negeri
Kelantan ialah untuk menghalang kaum wanita daripada diperhatikan?” soal Ahli
Parlimen Kulai itu.
Tindakan mahu melaksanakan Islam bukanlah sesuatu yang mudah
apalagi dalam masyarakat berbilang kaum seperti di Malaysia. Tetapi hal
Kelantan, ianya dijuarai oleh sebuah parti pemerintah yang diberikan mandat diperingkat
negeri yang majoritinya penganut Islam.
Dari segi politik, rakyat telah mengundi parti Islam, bukan
sepenggal dua. Sudah tentulah parti yang diamanahkan oleh rakyat yang
memperjuangkan agenda Islam, terpanggil untuk melaksanakan agendanya apabila
berkuasa.
Pemimpin bukan Islam, bolehlah dimaafkan kerana menentang,
kerana mereka sukar mahu memahami tuntutan Islam. Namun mereka perlu difahamkan
dan menerima reality dan malah wajar menghormati peraturan dan ajaran Islam
sebagaimana rakyat beragama Islam menghormati dan bertolak ansur pada agama dan
kepercayaan mereka.
Yang anehnya apabila pemimpin Islam pula yang menentang
perlaksanaan Islam!
Dalam akhbar The Star itu turut dilaporkan kenyataan ahli
Parlimen Pulai Datuk Nur Jazlan Mohamed. Menurut pemimpin Umno itu sikap PAS
berhubung kejohanan berkenaan mencerminkan kesempitan fikiran dan sikap tidak
bertoleransi parti Islam berkenaan.
Kata beliau jika PAS tidak boleh inklusif dalam hal-hal
melibatkan gender sukan (percampuran lelaki dan wanita) beliau bimbang apa lagi
yang akan dilaksanakan dalam aktiviti lain melibatkan kedua-dua jantina.
Kita kesal apabila orang Islam sendiri memandang rendah
usaha mahu memartabatkan Islam. Kalau setakat MCA, MIC dan DAP yang menentang,
mungkin kerana mereka bukan Islam dan tidak ada hati kecil langsung buat Islam.
Tetapi apabila orang Islam, pemimpin Islam setaraf ahli parlimen seperti Nur
Jazlan bersikap demikian, kita bimbang bagaimana moderat dan ringkas-ringkas
nanti jadinya Islam bawah tangan mereka yang seumpama ini.
Saya khuatir juga takut-takut lantaran ramai yang dah jadi
Islam moderat kebelakangan ini, menganuti faham “matlamat menghalalkan cara” akan ada pula pemimpin Islam yang lain, mungkin dari parti Islam pula yang sealiran
dan sependapat dengan Nur Jazlan!
Apa pun langkah kerajaan Kelantan itu harus dipuji. Semoga
lebih banyak acara dan aktiviti masyarakat yang selaras dan selari dengan hukum
dan peraturan Islam akan dianjurkan demi memberi pendedahan kepada mereka yang
belum kenal Islam.Nota:
Maaf tak baca pula berita ini dalam Harakah......
1 comment:
Jazlan dah jahil tukir... Xda ruh islam dlm diri... Sukar memahami kehendak islam.. Cuma faham kehendak barat... Ingat ia tu dok eropah ke?
Post a Comment