“Topless women cause a stir at beach”
Dilaporkan 4 orang wanita “Caucasian” (kulit putih) didapati
memperagakan diri separuh bogel di Pantai Saujana di Port Dickson kira-kira jam
3 petang. Aksi mereka menarik perhatian orang-ramai yang turut bermandi-manda
dan bersantai di kawasan berkenaan.
Pihak Majlis Daerah Port Dickson memberitahu akhbar
berkenaan bahawa mereka tidak menerima sebarang laporan walaubagaimanapun akan
menghantar pegawainya untuk menyiasat.
Di sinilah kita sesungguhnya berhadapan dengan delima.
Krisis pertembungan budaya.
Bagi kita orang Malaysia sudah pastilah aksi ini sangat
bertentangan dengan adat dan budaya masyaralat kita. Orang Islam tambah-tambah
lagi, dan saya yakin masyarakat Cina dan India dari pelbagai agama juga tidak
dapat menerima perlakuan seumpama ini.
Tetapi bagi sesetengah kita yang menganuti fahaman liberal, tak
kiralah orang Melayu atau bukan Melayu, hatta orang Umno dan PAS pun ada yang
berserabut moderat liberal benaknya, menjuarai hak kebebasan tanpa had dan
sempadan, bagaimana agaknya mereka melihat insiden ini.
Meningatkan saya pada Pesta Oktoberfest baru-baru ini.
Ahhh…. ini kan dibenarkan oleh agama mereka, oleh budaya
mereka. Asal orang Islam tak buat sudah.
Jadi dalam insiden ini bagaimana agaknya mereka yang pragmatis
otaknya?
Boleh terima?
Demikianlah apabila akal dan fikiran kita bukannya tidak
dipandu oleh ajaran dan nilai agama tetapi hambatan kepentingan dan nafsu, mahu
popular mahu jadi juara, mengatasi segala-galanya. Kerana itu walau kita
mewakili gerakan Islam, menang atas tiket Parti Islam, namun kita sanggup
menggadaikan hakikat itu, demi kerana mahu tegak disanjung dan dipuja sebagai
pemimpin “versatile” hebat, progresif, Islamis yang moderat.
Saya tunggu-tunggu apa agaknya komen mereka dalam insiden
ini.
1 comment:
Ada undang-undang di Malaysia mengenai berkelakuan tidak span di tempat awam tetapi tiada penguatkuasaan. Di pantai berkenaan tiada papan tanda mengenai perkara demikian hatta papan tanda mengenai "No Litter At The Beach". Pantai-pantai peranginan di Malaysia kotor dengan sampah sarap.
Post a Comment