Saya terpanggil untuk mengulas sebuah laporan dalam akhbar
NST hari ini berhubung cadangan pihak polis agar diperkenalkan satu
undang-undang yang lebih ketat untuk mengawal dan membenteras “online cyber
gambling” ataupun judi siber.
http://www.nst.com.my/node/47375
Menurut Ketua Polis Negara tiada undang-undang yang spesifik
waktu ini bagi mendakwa kesalahan di bawah judi siber ini. Menurut beliau:
“The existing law does not specify or include online gaming.
This makes it hard for us to nab those involved. This is why we are pushing for
an amendment so that those involved can be brought to justice,” he said, adding
that the current law against gambling was a short-term solution. "
(Undang-undang kini tidak merujuk atau menjelaskan judi
siber. Ini menyusahkan pihak kami untuk mendakwa mereka yang terlibat. Kerana
itu kami mendesak agar diperkenalkan satu pindaan supaya mereka yang terlibat
boleh dibawa ke pengadilan, kata beliau dengan menambah bahawa undang-undang
yang sedia ada hanyalah sekadar satu penyelesaian jangka pendek)
Khalid said he hoped the law would be drawn up soon, thus
giving police the power to eradicate illegal cyber-gaming activities.
(Menurut Khalid beliau berharap agar satu undang-undang
diperkenalkan dalam waktu terdekat, memberikan polis lebih kuasa untuk membenteras
aktiviti judi siber ini. Kami juga sedang menimbang untuk mendakwa pemilik
premis judi haram ini
Sesungguhnya judi siber pada hari ini sudah menjadi satu
penyakit sosial yang sangat serius. Tekanan hidup, dan hambatan untuk hidup
mewah dengan cara segera, mengakibatkan premis judi siber ini menjadi tumpuan
dan tumbuh bagai cendawan pagi.
Bukan hanya anak muda, mereka yang dewasa dah berusia malah
warga asing Indonesia , Bangladesh dan lain-lain turut terjerumus dalam
aktiviti haram ini.
Di sini ada dua punca, pertama kafe siber yang berlesen yang
turut menjadikan sebahagian atau sepenuhnya aktiviti mereka dengan perkara ini
dan kedua kafe siber yang tidak berlesen.
Lesen perniagaan dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan
(PBT). Dan sering lesen untuk aktiviti kafe siber ini dikenakan pelbagai syarat
oleh pihak PBT. Dalam hal ini PBT perlu lebih proaktif dalam mengawal lesen dan
penguatkuasaan.
Saya pernah mengusulkan agar kafe siber ini dikendalikan
benar-benar menepati tujuan asalnya, iaitu tempat dimana kemudahan komputer internet
disediakan. Komputer berinternet ini digunakan oleh mereka yang mahu berhubung
dan membikin kajian melalui internet, mecetak turun, bersantai iaitu samada
bagi tujuan “chatting” dan bermain dengan “software” games.
Bagi memastikan ianya benar-benar menepati tujuan itu,
pengusaha perlu disyaratkan hanya menggunakan “software” yang berlesen.
Penggunaan “software” cetak rompak, apalagi yang ada unsur judi yang salah di
bawah undang-undang perlulah diambil tindakan.
Hari ini kita melihat kafe siber sudah menjadi seakan pusat
hiburan. Ini menunjukkan tiada penguatkausaan serius oleh pihak PBT.
Itu bagi kafe siber yang berlesen, yang tidak berlesen pula
jelas telah melanggar undang-undang dan peraturan. Malangnya yang tidak
berlesen inilah yang bersepah dimana-mana lorong, berleluasa dan
bermaharajalela.
Pengusaha-pengusaha ini perlu diambil tindakan. Mereka
seakan tidak peduli dan mencabar undang-undang kita. Pihak polis, PBT dan
lain-lain agensi perlu adakan operasi serentak seluruh Negara bagi membuktika
keseungguhan mahu membenteras aktiviti haram ini. Pihak SPRM pula perlu buat
susulan terhadap semua premis yang telah diserbu bagi memastikan tiada elemen
rasuah, jika mereka berani buka semula premis setelah diserbu pasti ada sesuatu
yang tidak betul disana.
Pemilik-pemilik premis yang menyewa premis mereka untuk
aktiviti seumpama ini juga perlu diambil tindakan sebagaimana cadangan Ketua
Polis Negara itu. Mereka inilah yang menangguk diair keruh, meneyewakan premis
walaupun tahu ia digunakan untuk tujuan yang haram.
Pokok-pangkalnya adalah kejujuran dan kesungguhan kita.
Bertepuk sebelah tangan sahaja tak jadi.
Oleh itu cadangan memperkenalkan undang-undang yang lebih
ketat ini sangat dialu-alukan dan diharap semua pihak dan agensi juga seirus
dan rakyat juga dilibatkan dalam operasi membenteras sama sekali aktiviti yang
meruntuhkan institusi keluarga dan masyarakat ini.
Hendak seribu daya tak hendak……
No comments:
Post a Comment