Punca kontraversinya adalah fawa berikut yang dikeluarkan
oleh Majlis Agama Islam Negeri Selangor (MAIS) dan digazetkan pada 31 Julai
2014 dengan Nombor Rujukan:
[MAIS/SU/BUU/01-2/002/2013-3(4); P.U. Sel. (ADV) PS 05/4/12]
Tarikh Keputusan: 17
Jul, 2014
Keputusan:
1. SIS Forum
(Malaysia) dan mana-mana individu, pertubuhan atau institusi yang berpegang kepada
fahaman liberalisme dan pluralisme agama adalah sesat dan menyeleweng daripada
ajaran Islam.
2. Mana-mana bahan terbitan yang berunsur
pemikiran-pemikiran fahaman liberalisme dan pluralisme agama hendaklah
diharamkan dan boleh dirampas.
3. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia
Malaysia (SKMM) hendaklah menyekat laman-laman sosial yang bertentangan dengan
ajaran Islam dan Hukum Syarak.
4. Mana-mana individu yang berpegang kepada
fahaman liberalisme dan pluralisme agama hendaklah bertaubat dan kembali ke
jalan Islam.
Pada 31 Oktober baru-baru ini SIS memfailkan di Mahkamah
Tinggi Kuala Lumpur melalui Tetuan Azzat dan Izzat semakan kehakiman terhadap
fatwa di atas. SIS menamakan tiga responden, Jawatankuasa Fatwa Negeri
Selangor, Majlis Agama Islam Selangor (Mais), dan kerajaan Selangor.
SIS memohon membatalkan pengisytiharan fatwa itu, dan sebaliknya
mahu diiktiraf sebagai badan yang dijamin mengikut Akta Syarikat 1965 dan tidak
terikat dengan fatwa itu.
Menurut satu laporan Pengarah Eksekutif SIS Ratna Othman dilaporkan
berkata:
"Kami kecewa
kerana tidak diberitahu atau dipanggil untuk memberi penjelasan sebelum
jawatankuasa fatwa mengisytiharkan SIS sebagai menyeleweng.
"Tidak ada satu
pun alasan daripada fatwa mengenainya, malah tidak menjelaskan maksud
‘liberalisme’, ‘pluralisme’, yang bertentangan dengan ‘ajaran Islam dan hukum
Syarak’."Beliau menyifatkan tindakan itu sebagai salah guna kuasa badan agama di Malaysia menggunakan fatwa bagi mengekalkan pemerintahan agama secara diktator. Tegasnya, sebarang perbezaan pandangan tentang agama Islam perlu didebat secara terbuka dan bukan dipaksa melalui fatwa dan hukuman Enakmen Jenayah Syariah Selangor. 31 Okt 2014
Sesungguhnya aktiviti dan peranan SIS bukanlah sesuatu yang baru atau tidak diketahui umum. NGO ini telah banyak mengeluarkan kenyataan khususnya apabila sahaja ada satu-satu isu berhubung dan berkaitan dengan Islam seolah-olah mahu menumpang menjadi jurucakap kononnya mewakili sebuah NGO Islam.
Masalahnya kenyataan SIS yang dikeluar sering mencerminkan
pendirian dan sikap mereka yang liberal dalam mentafsirkan satu-satu isu berkitan
Islam dan lebih mahu mempromosi pluralisma agama (penganut fahaman Pluralisme
menisbahkan bahawa semua agama secara asasnya adalah sama kerana terbit dari
sumber yang sama iaitu dari yang mutlak ( the absolute, the ultimate and the
real one). Tujuan akhir kewujudan agama – agama juga ialah untuk menuju dan
menyerah diri kepada hakikat yang sama iaitu the ultimate, the truth walaupun
diungkapkan oleh pelbagai agama yang berbeza dengan nama-nama yang berbeza.).
* pejelasan detail “Pluralisma agama” sila rujuk http://permaijordan.com/mmyv2/index.php/typography/2012-11-06-12-58-28/2012-12-20-19-04-39/fahaman-pluralisme
Blog ini telah berkali-kali mengkritik dan menegur SIS kalau
boleh saya cabut beberapa posting berkaitan SIS sejak 2005 lagi:
31 Oktober 2014
http://n32.blogspot.com/2014/10/nak-laksana-islam-pun-diserang-311014.html31 Oktober 2014
15 Jun 2009
http://n32.blogspot.com/2009/06/jika-terbukti-sis-bermasalah-terhadap.html
17 Nov 2006
http://n32.blogspot.com/2006/11/siapa-dibelakang-sisters-in-islam.html
3 Ogos 2005
http://n32.blogspot.com/2005/08/siap-sisters-in-ayah-pin-pada-14-julai.html
SIS banyak membawa isu yang mengelirukan malah seolah
membawa tafsiran baru terhadap Islam secara terbuka dengan mengenepikan semua
ulamak dan “authority” dalam Islam, semua diberi tafsiran baru ikut selera
mereka.
Dalam isu murtad SIS menyelarnya malah menuntut kebebasan
agama secara mutlak hatta di dalam Islam sekalipun, orang Islam wajar diberikan
hak memilih untuk keluar dari agamanya.
Begitu juga SIS tegas menentang perlaksanaan syariat Islam
termasuklah Hukum Hudud yang bagi mereka sesuatu yang zalim dan di luar
perikemanusiaan.
SIS juga menutut dirobah hukum berkenaan perceraian dengan
mahu memberikan hak bagi wanita menuntut cerai selain hak sama rata buat wanita
dalam pembahagian harta pusaka di bawah hukum faraid.
Banyak sungguh tindakan SIS yang telah menyinggung perasaan
dan malah mencemarkan maruah dan nama baik Islam dan penganutnya.
Lantas apabila MAIS mengeluarkan fatwa sedemikian
terhadapnya, saya yakin ramai umat Islam yang merasa lega dan saya mendapat
tahu pihak Jabatan Mufti Perak juga telah pernah memanggil SIS berdailog dan
bakal mengeluarkan fatwa yang serupa.
Anehnya apabila ramai umat Islam mengalu-alukan tindakan
terhadap SIS ini, tiba-tiba keluar kenyataan dari 3 orang ahli Parlimen (yang
sepatutnya mewakili) PAS, yang mempersoalkan tindakan Majlis Fatwa Negeri
Selangor.
Mereka adalah ahli Parlimen Parit Buntar, Shah Alam dan
Sepang.
Menurut wakil Parit Buntar:
Tindakan Majlis Fatwa Negeri Selangor itu bertentangan
dengan peraturan mengeluarkan fatwa itu sendiri daripada sudut Islam.Katanya, fatwa sepatutnya mempunyai sifat yang menyeluruh dan umum dan bukan hanya ditujukan kepada badan tertentu.
"Fatwa itu sepatutnya secara umum, ia menyeluruh, namun
apa yang berlaku kini ia dikeluarkan bagi mengharamkan atau mematikan sesuatu
badan yang berbeza fahaman,"
Wakil Shah Alam pula berkata:
Mais sepatutnya melakukan perbincangan atau dialog bersama
dengan pihak terlibat sebelum fatwa dikeluarkan.
"Adakah pihak Mais sudah berdialog dengan pihak yang
dikatakan mengamalkan 'pluralisme' dan 'liberalisme' sebelum sesuatu tindakan
diambil ke atas mereka? "
"Kami memohon pembuat fatwa tidak terburu-buru tanpa
adanya muzakarah dengan pihak yang dikatakan mengamalkan 'pluralisme' dan
'liberalisme' supaya ada ruang untuk salah faham dibetulkan,”.
Dengan senang hati mereka menggunakan nama PAS lalu
menyatakan sebagaimana dilaporkan oleh akhbar The Star hari ini, bahawa PAS
bersedia membantu menganjurkan muzakarah antara pihak MAIS dan SIS kerana pada
pandangan mereka keputusan MAIS dibuat tanpa perbincangan.
PAS yang selama ini di hadapan menentang dan mengkritik sebarang
usaha menyerang, memperlekeh dan menyalah tafsirkan Islam tiba-tiba hari ini
diseret oleh ketiga ahli Parlimen ini untuk memberi simpati kepada NGO yang
paling biadap terhadap Islam. Selain itu mereka juga menyeret PAS agar bertembung
dan berbalah dengan Majlis Fatwa Negeri dan MAIS.
Sungguh mengaibkan PAS punya ahli Parlimen yang sedemikian.
SIS bukan sekadar memilih untuk berbeza pendapat, tetapi SIS memberi dan
mencipta tafsiran baru buat Islam yang jelas sesat dan terpesong. Malah
Muktamar PAS tahun 2009 telah pernah melulus usul sebulat suara menuntut
pengharaman SIS. (Tidakkah tindakan 3 MP ini bertentangan keputusan Muktamar?)
Siapalah SIS berbanding anggota Majlis Fatwa Negeri yang
senarai dan kelayakkannya saya catatkan di bawah ini:
Sahibus Samahah Dato' Setia Haji Mohd. Tamyes bin Abd. Wahid
Dato' Seri Utama Diraja Mufti Negeri Selangor, Sahibus Samahah Dato' Haji Abdul
Majid bin Omar ( Timbalan Pengerusi ) Timbalan Mufti Negeri Selangor, Y. B.
Datin Paduka Zauyah Be bt. T. Loth Khan( Penasihat Undang-Undang Negeri
Selangor ), Y. Bhg. Dato’ Seri Prof. Dr. Zaleha bt. Kamaruddin (Rektor
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia), Y. Bhg. Prof. Madya Dato' Haji Mohd Saleh
bin Haji Muhammad @ Ahmad (Mantan Fellow Kanan Universiti Islam Antarabangsa
Malaysia ), Y. Bhg. Prof. Madya Dato’ Haji Mohd. Mokhtar bin Haji Shafii (Pensyarah
Sambilan, Universiti Malaya ), Y. Bhg. Dato’ Dr. Ab. Halim bin Tamuri (Pensyarah
Jabatan Kepimpinan dan Polisi PendidikanFakulti
Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia), Y. Bhg. Dato' Dr. Amran bin Kasimin(
Mantan Pensyarah, Universiti Kebangsaan Malaysia ), Y. Bhg. Dato’ Haji Abdul
Aziz bin Andik Achok (Mantan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Islam,
Jabatan Pelajaran Selangor ), Y. Bhg. Prof. Dr. Mujaini bin Tarimin( Dekan Fakulti
Pendidikan Dan Sains Sosial Universiti Selangor)
Majlis Fatwa Negeri bukanlah badan setengah tiang atau separuh
masak, tetapi diwakili oleh para ulamak, wakil profesyional dan undang-undang
yang selayaknya berkelayakan dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka.
Saya bersetuju dengan kenyataan Timbalan Ketua Dewan Pemuda
PAS Pusat, Ustaz Muhammad Khalil Abd Hadi bahawa:
“Kesemua tindak-tanduk dan pendirian SIS mewajarkan ia
diharamkan serta merta tanpa kompromi lagi setelah barah ini berpanjangan dan
kedegilan SIS mencetus pelbagai polemik fahaman dan pegangan umat Islam Negara ini.”
Dan dalam waktu yang sama tindakan ketiga-tiga ahli Parlimen
(yang sepatutnya mewakili) PAS itu sangat dikesali. Semoga mereka ini dapat
kembali mempertahankan prinsip dan dasar perjuangan PAS yang mereka wakili atau
memilih untuk bebas berkata seikut hati dan perasaan dengan mengangkat kaki
keluar secara terhormat.
2 comments:
yang dipersoalkan hanya "cara" fatwa dikeluarkan ... sesat tu tetap sesat juga ........!!!
Sepatutnya tghh mengeluarkan ulasan menyokong SIS barulah 3 ekor malaun @ three stooges akan bermatian mengutuk SIS.. kerana mereka ini sebenarnya hanya ingin menunjukkan yg mereka tidak akan setuju dgn setiap apa pandangan golongan ulama terutama tghh
Post a Comment