Ramai terkejut apabila ADUN DAP
Tanjong Bungah Teh Yee Cheu mencadangkan di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang
semalam agar jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang dihadkan bagi tempoh dua
penggal dan digilirkan.
Menurut Teh usul beliau jika
diluluskan nanti akan memberi peluang kepada pemimpin-pemimpin lain untuk
mentadbir Pulau Pinang termasuklah memberi peluang kepada golongan wanita.
Tambah Teh lagi cadangan beliau itu adalah baik dan sihat dari sudut demokrasi.
Cadangan berkenaan turut disokong
oleh Ketua Pembangkang Datuk Jahara Hamid dari BN dan ADUN DAP Pulau Tikus Yap
Soo Huey.
Walaubagaimanapun Setiausaha
Politik Ketua Menteri yang juga ADUN DAP Air Hitam Wong Hon Wai telah menentang
usul tersebut dengan menganggapnya tidak relevan.
Jika usul ini diluluskan bermakna
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tidak lagi boleh memegang jawatan
berkenaan setelah tamat tempoh penggal ini.
Pada dasarnya ramai yang
memerhatikan cadangan Teh itu sebagai sesuatu yang baru dan baik serta perlu
dicontohi. Akan tetapi ada pemerhati yang menyatakan bahawa apa yang berlaku
itu adalah satu petanda kocakkan yang sedang berlaku dalam cawan DAP di Pulau
Pinang. Terdapat usaha untuk meletakkan pimpinan DAP anak tempatan Pulau Pinang
untuk dududk di kerusi Ketua Menteri negeri berkenaan. Ramai kalangan pimpinan
tempatan mula tidak selesa dan hilang keyakinan terhadap kepimpinan Guan Eng
sebagai Ketua Menteri.
Dalam pada sibuk menyatakan Tuan
Guru Hj Abd Hadi sudah tidak sesuai memimpin PAS rupanya sedar tak sedar dalam
DAP sendiri ada ribut dan jelas melalui cadangan di Dewan semalam ada pihak
dalam DAP tidak mahu Guan Eng yang juga merupakan Setiausaha Agung DAP, terus berada di Pulau Pinang, buktinya apabila
Setiausaha Politik beliau sendiri bingkas bangun menentang usul berkenaan.
Saya dimaklumkan oleh rakan media
bahawa dalam Pilihanraya lalu lagi ada usaha untuk membawa Guan Eng keluar dari
Pulau Pinang agar kepimpinan negeri tersebut danapt diserahkan kepada anak
tempatan yang layak-layak belaka. Guan Eng dikhabarkan sepatutnya terjun ke
Johor bersama-sama pimpinan lain melakukan asakkan ke atas Johor.
Walaubagaimanapun entah macam mana, bapanya sahaja terpaksa mengetuai asakkan
di Johor sedangkan Guan Eng lebih selesa untuk duduk sebagai Ketua Menteri di
Pulau Pinang.
Seorang pengunjung TMI yang
menyiarkan berita usul ini telah menulis:
This assemblyman will be drop
from the DAP candidate list in the next GE. That's how LGE and DAP operate for
its a direct attack to LGE leadership. There is already Robless in a DAP
Penang, LGE is beginning to loose his grip already by this motion is shows the
Rocket is cracking. There may be a political " Time Bomb" that's
going to cause DAP Penang a Crisis. More is to come. If this motion is receives
the support of the State assembly than LGE is politically finish as Penang CM.
It's actually a motion of NO confidence over his leadership hip as Penang CM.
Sejauh manakah benar sama-samalah
kita saksikan nanti.
No comments:
Post a Comment